PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp20 No. 1 ms. 3-5
  • Usaha untuk Mencari Kebenaran

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Usaha untuk Mencari Kebenaran
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • DAPATKAH ANDA MENEMUI KEBENARAN?
  • CARA UNTUK MENCARI KEBENARAN
  • BUKU YANG MENGANDUNGI KEBENARAN
  • “Tetap Berjalan Mengikut Kebenaran”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • “Aku Akan Berjalan dalam Haluan-Mu yang Benar”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Adakah Kebenaran Masih Penting?
    Topik-Topik Lain
  • Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran?
    Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran?
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
wp20 No. 1 ms. 3-5
Seorang lelaki sedang melihat rak buku yang penuh dengan buku

Usaha untuk Mencari Kebenaran

Jika kita mengetahui kebenaran, hal itu dapat menyelamatkan nyawa kita. Sebagai contoh, fikirkan soalan berikut: Bagaimanakah penyakit berjangkit merebak?

Selama ribuan tahun, tiada orang mengetahui jawapan kepada soalan itu. Akibatnya, wabak penyakit telah meragut nyawa jutaan orang. Akhirnya, para ahli sains telah mengetahui kebenarannya: Penyakit sering kali disebabkan oleh kuman, atau mikroorganisma, seperti bakteria atau virus. Setelah mengetahui kebenaran itu, manusia dapat mencegah dan merawat banyak penyakit. Hasilnya, berbilion-bilion orang dapat hidup lebih lama dan lebih sihat.

Bagaimana pula dengan soalan-soalan penting yang lain? Pada pendapat anda, apakah manfaatnya jika anda menemui kebenaran bagi soalan-soalan berikut?

  • Siapakah Tuhan?

  • Siapakah Yesus Kristus?

  • Apakah itu Kerajaan Tuhan?

  • Apakah masa depan kita?

Jutaan orang menikmati kehidupan yang lebih baik setelah mengetahui jawapannya. Anda juga dapat meraih manfaatnya.

DAPATKAH ANDA MENEMUI KEBENARAN?

Anda mungkin tertanya-tanya, “Mungkinkah saya dapat menemui kebenaran?” Kini, semakin susah untuk mendapatkan maklumat yang benar tentang banyak hal. Mengapa?

Ramai orang tidak mempercayai maklumat daripada kerajaan, syarikat perniagaan, atau media. Mereka berasa susah untuk membezakan fakta daripada pendapat, maklumat yang separuh benar, atau informasi yang palsu. Memandangkan manusia saling meragui dan terdapat banyak maklumat yang salah, ramai orang tidak bersependapat tentang fakta mana yang benar dan bagaimana mereka sepatutnya memahami fakta itu.

Meskipun begitu, anda masih dapat menemui jawapan yang benar kepada soalan-soalan penting dalam kehidupan. Apakah caranya?

CARA UNTUK MENCARI KEBENARAN

Sebenarnya, anda juga mencari kebenaran dalam kehidupan seharian. Fikirkan contoh Jessica. Dia berkata, “Anak perempuan saya mempunyai alahan (alergi) yang teruk terhadap kacang. Sedikit kacang pun dapat membunuhnya.” Maka Jessica perlu memastikan bahawa makanan yang dibelinya bebas daripada kacang. “Pertama sekali, saya akan membaca label dengan teliti untuk mengetahui ramuannya. Kemudian, saya akan membuat penyelidikan dan bahkan menghubungi syarikat makanan itu untuk memastikan bahawa tiada kacang yang tercampur ke dalam makanan semasa makanan itu diproses di kilang. Saya juga memeriksa maklumat daripada sumber-sumber lain yang dapat dipercayai, supaya saya yakin bahawa syarikat itu mempunyai taraf keselamatan makanan yang tinggi.”

Lelaki yang sama melihat sebuah buku yang diambilnya dari rak buku dan membandingkannya dengan maklumat yang dijumpainya melalui alat elektronik

Kebenaran yang anda cari setiap hari mungkin tidak sepenting maklumat yang dicari oleh Jessica. Namun, seperti Jessica, anda dapat menggunakan langkah-langkah berikut untuk mencari kebenaran:

  • Ketahui faktanya.

  • Buat penyelidikan selanjutnya.

  • Pastikan anda menggunakan sumber yang dapat dipercayai.

Langkah-langkah ini juga dapat membantu anda mencari jawapan yang benar kepada soalan-soalan penting dalam kehidupan. Bagaimana?

BUKU YANG MENGANDUNGI KEBENARAN

Semasa mencari kebenaran dalam Bible, Jessica menggunakan cara yang digunakannya semasa mencari maklumat tentang alahan makanan anak perempuannya. Dia berkata, “Saya membaca dan membuat penyelidikan dengan teliti untuk mencari kebenaran dalam Bible.” Seperti Jessica, jutaan orang telah menemui jawapan Bible kepada soalan-soalan ini:

  • Apakah tujuan hidup kita?

  • Apakah yang berlaku selepas kita mati?

  • Mengapakah manusia menderita?

  • Bagaimanakah Tuhan akan mengakhiri semua penderitaan?

  • Bagaimanakah keluarga kita dapat hidup bahagia?

Lelaki yang sama membaca Bible; komputer ribanya terbuka di hadapannya

Anda dapat mencari jawapan yang benar kepada soalan-soalan sebegini dengan membaca Bible dan membuat penyelidikan di www.jw.org/ms.

Majalah ini akan menjawab soalan-soalan berikut:

  • Siapakah Tuhan?

  • Siapakah Yesus Kristus?

  • Apakah itu Kerajaan Tuhan?

  • Apakah masa depan kita?

Sebelum itu, mari kita melihat sebabnya kita dapat yakin bahawa maklumat dalam Bible memang benar dan dapat dipercayai.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi