PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 2/09 ms. 7
  • Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
  • Kerja Teokratik Kita—2009
Kerja Teokratik Kita—2009
km 2/09 ms. 7

Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik

Soalan-soalan berikut akan dibincangkan di Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 23 Februari 2009. Penyelia sekolah akan mengendalikan ulang kaji lisan selama 20 minit berdasarkan bahan yang diliputi dalam tugasan-tugasan pada minggu bermula 5 Januari hingga 23 Februari 2009.

1. Bagaimanakah Tuhan dapat menghasilkan cahaya pada hari pertama sekiranya ‘benda-benda terang’ tidak diciptakan sehingga hari yang keempat? (Kej. 1:3, 16) [w04 1/1 (E) ms. 28 per. 5]

2. Yehuwa tidak menyuruh Nuh untuk menguasai bumi sepertimana Dia menyuruh Adam, manusia yang sempurna. Apakah yang dimaksudkan dengan hal ini? (Kej. 9:1) [it-2 (E) ms. 1095 per. 6]

3. Bilakah Perjanjian Abraham mula berkuat kuasa dan untuk berapa lama? (Kej. 12:1-5) [w04 1/15 (E) ms. 26 per. 4; w01 8/15 (E) ms. 17 per. 13]

4. Apakah yang membuktikan bahawa Nimrod dan mereka yang mengikut jejaknya gagal untuk menjadikan nama mereka “termasyhur”? (Kej. 11:4) [w98 3/15 (E) ms. 25]

5. Lot dikenali sebagai seorang yang “baik” di 2 Petrus 2:7. Namun, apakah mungkin sebabnya dia menawarkan anak-anak perempuannya kepada gerombolan yang berkelakuan sumbang? (Kej. 19:8) [w05 2/1 (E) ms. 26 per. 15-16; w04 1/15 (E) ms. 27 per. 3]

6. Mengapakah Abraham mengusir Hagar dan Ismael ke padang gurun, padahal suami yang takut akan Tuhan harus menjaga anggota keluarganya sendiri? (Kej. 21:10-21; 1 Tim. 5:8) [w88 2/15 (E) ms. 31]

7. Apakah yang dapat kita pelajari daripada Eliezer yang berusaha untuk mencari seorang isteri bagi Ishak mengikut cara Yehuwa? (Kej. 24:14, 15, 17-19, 26, 27) [w97 1/1 (E) ms. 31 per. 2]

8. Apakah maksud mimpi Yakub tentang malaikat-malaikat yang ‘turun naik sebuah tangga’? (Kej. 28:10-13) [w03 10/15 (E) ms. 29 per. 1; it-2 (E) ms. 189]

9. Mengapakah Rahel begitu berminat untuk mendapatkan tumbuhan ubat (dodayim) yang dijumpai oleh anak lelaki Lea? (Kej. 30:14, 15, nota kaki) [w04 1/15 (E) ms. 28 per. 7]

10. Bagaimanakah Yakub memberikan teladan yang baik dalam menyelesaikan perselisihan peribadi? (Kej. 33:3, 4) [g82 2/22 (E) ms. 19 per. 8-10]

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi