Jadual untuk Minggu Bermula 23 Februari
MINGGU BERMULA 23 FEBRUARI
Lagu 22
□ Pembelajaran Bible Sidang:
“Kasih Tuhan” bab 1 ¶1-9, kata pengantar
□ Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Kejadian 32-35
Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
□ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
Lagu 1
5 min: Pengumuman. Nyatakan tawaran bahan bacaan untuk bulan Mac.
10 min: Membuat Persediaan untuk Menawarkan Majalah Tempatan No. 902 Why Are We Here? dan No. 903 Are We Running Out of Water? Secara ringkas, nyatakan kandungan dua majalah itu. Kemudian, tanya para hadirin: Rencana-rencana mana yang mungkin mendapat sambutan dalam kawasan penyebaran? Mengapa? Jemput hadirin untuk menyatakan soalan yang akan digunakan untuk memulakan perbualan dan ayat Bible yang akan dibacakan sebelum menawarkan majalah. Akhiri bahagian ini dengan menunjukkan cara menawarkan setiap majalah tersebut.
10 min: Keperluan tempatan.
10 min: Adakah Anda Menggunakan Buku “Menyelidiki Kitab Suci” (Examining the Scriptures Daily)? Ceramah dan perbincangan bersama hadirin berdasarkan kata pengantar dalam buku “Menyelidiki Kitab Suci” tahun 2009. Bincangkan manfaat yang diperoleh daripada meluangkan masa setiap hari untuk mengkaji ayat Bible dan ulasan dalam buku ini. Jemput para hadirin untuk menceritakan bila dan bagaimana mereka membincangkan ayat harian dan manfaat yang diperoleh.
Lagu 160