Jadual untuk Minggu Bermula 16 Mac
MINGGU BERMULA 16 MAC
Lagu 106
□ Pembelajaran Bible Sidang:
“Kasih Tuhan” bab 2 ¶12-21, kotak pada ms. 24
□ Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Kejadian 43-46
No. 1: Kejadian 44:1-17
No. 2: Yesus Lebih Berkuasa daripada Roh-roh Jahat (lr bab 10)
No. 3: Nubuat-nubuat Bible Terbukti Dapat Dipercayai Sepenuhnya (rs-IN ms. 262 ¶3-ms. 263 ¶2)
□ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
Lagu 130
5 min: Pengumuman.
10 min: Apakah Makna Nama Yehuwa bagi Kita? Ceramah yang bersemangat berdasarkan buku “Sekolah Penyebaran” (Ministry School-E), muka surat 274, perenggan 2-5.
10 min: Memanfaatkan “Buku Tahunan 2009.” Ceramah dan perbincangan bersama para hadirin. Bincangkan “Sepucuk Surat daripada Badan Pimpinan.” Aturkan terlebih dahulu supaya para penyiar menceritakan beberapa pengalaman yang ringkas daripada “Buku Tahunan” (Yearbook) yang telah menggalakkan mereka. Jemput para hadirin untuk memberikan komen tentang aspek-aspek laporan sedunia yang menarik. Akhiri bahagian ini dengan menggalakkan semua untuk membaca seluruh “Buku Tahunan.”
10 min: “Cara Menggunakan Buku ‘Kasih Tuhan’ untuk Mengadakan Pembelajaran Bible.” Selepas pengenalan yang kurang daripada seminit, bincangkan bahagian ini dalam bentuk soal jawab.
Lagu 97