Jadual untuk Minggu Bermula 25 Januari
MINGGU BERMULA 25 JANUARI
Lagu 27
□ Pembelajaran Bible Sidang:
“Kasih Tuhan” bab 16 ¶1-8
□ Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Hakim-Hakim 5-7
No. 1: Hakim-Hakim 7:1-11
No. 2: Bagaimanakah Kita Dapat Mengenal Pasti Identiti “Pelacur yang Termasyhur” yang Digambarkan di Penyingkapan 17:1?
No. 3: Adakah Seseorang Dapat Keluar dari Neraka yang Disebut dalam Bible? (rs-IN ms. 236 ¶4–ms. 237 ¶2)
□ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
Lagu 12
5 min: Pengumuman.
10 min: Tawaran untuk Februari. Secara ringkas, nyatakan ciri-ciri praktikal bahan bacaan tersebut. Adakan demonstrasi untuk menunjukkan bagaimana seorang penyiar dapat menggunakan bahan bacaan itu untuk memulakan pembelajaran Bible semasa memberikan kesaksian tidak formal.
20 min: “Jangan Bertangguh Lagi!” Perbincangan dalam bentuk soal jawab. Untuk dikendalikan oleh seorang penatua. Adakan demonstrasi yang mana seorang penyiar menjelaskan kepada doktornya tujuan kad APK (HCD) dan meminta agar kad ini disimpan di dalam fail perubatannya. Doktornya berjanji akan berbuat demikian. Akhiri bahagian ini dengan membaca perenggan terakhir.
Lagu 29