Jadual untuk Minggu Bermula 8 Februari
MINGGU BERMULA 8 FEBRUARI
Lagu 23
□ Pembelajaran Bible Sidang:
“Kasih Tuhan” bab 16 ¶15-22, kotak pada ms. 194
□ Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Hakim-Hakim 11-14
No. 1: Hakim-Hakim 13:1-14
No. 2: Apakah yang Dapat kita Pelajari daripada Kata-kata Yesus yang Tercatat di Lukas 16:9-13?
No. 3: Apakah Maksud ‘Seksaan Kekal’ yang Disebutkan dalam Penyingkapan? (rs-IN ms. 238 ¶3-4)
□ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
Lagu 40
5 min: Pengumuman.
10 min: Menjawab Soalan tentang Perayaan. Perbincangan bersama hadirin berdasarkan buku “Bertukar Fikiran” (Reasoning-E), tajuk kecil pada muka surat 178, tajuk kecil pertama pada muka surat 180, dan majalah pembelajaran (E), 1 Disember 2009, muka surat 20-23. Apakah perayaan yang sering disambut oleh penduduk di kawasan penyebaran anda? Di manakah dan bilakah anda mungkin mempunyai peluang untuk memberi kesaksian tentang perayaan tertentu? Adakan demonstrasi yang mana seorang ibu atau bapa membantu anaknya bersedia menjawab soalan “Mengapakah kamu tidak menyambut Tahun Baru?”
20 min: “Surat Jemputan Peringatan akan Diedarkan di Seluruh Bumi!” Perbincangan dalam bentuk soal jawab. Jika sidang sudah menerima bekalan surat jemputan, edarkannya kepada setiap hadirin sebelum membincangkan perenggan 2. Kemudian, halakan perhatian mereka kepada pelbagai ciri surat jemputan itu. Selepas membincangkan perenggan 2, jemput seorang penyiar untuk mendemonstrasikan cara menggunakan surat jemputan tersebut. Temu ramah penyelia aktiviti penyebaran atau penatua yang lain supaya dia dapat menjelaskan dengan lebih lanjut tentang aturan untuk kerja penyebaran sempena musim Peringatan.
Lagu 18