PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 5/10 ms. 1
  • ‘Berita Baik Ini akan Dikhabarkan’!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • ‘Berita Baik Ini akan Dikhabarkan’!
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Anda Melaksanakan Tugas Anda dengan Sepenuhnya?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • “Pergilah kepada Semua Bangsa dan Jadikanlah Mereka Pengikutku”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Gideon Mengalahkan Orang Midian
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Gideon dan 300 Orang Askarnya
    Buku Cerita Bible Saya
Kerja Teokratik Kita—2010
km 5/10 ms. 1

‘Berita Baik Ini akan Dikhabarkan’!

1. Bagaimanakah kita tahu bahawa tiada apa-apa yang dapat menghalang pelaksanaan kerja penyebaran?

1 Langsung tiada apa-apa yang boleh menghalang Yehuwa daripada menyempurnakan kehendak-Nya. (Yes. 14:24) Meskipun nampaknya mustahil bagi Hakim Gideon dan 300 orang askarnya untuk mengalahkan seramai 135,000 orang tentera Midian, Yehuwa berkata kepadanya, “Pergilah bebaskan orang Israel daripada orang Midian. Akulah yang mengutus engkau.” (Hak. 6:14) Apakah kerja yang mendapat sokongan Yehuwa pada hari ini? Yesus berkata, “Berita Baik tentang bagaimana [Tuhan] memerintah akan dikhabarkan ke seluruh dunia.” (Mat. 24:14) Tiada sesiapa pun yang dapat menghalang pelaksanaan kerja ini!

2. Mengapakah kita boleh mengharapkan Yehuwa untuk membantu kita secara peribadi dalam kerja penyebaran?

2 Yehuwa Membantu Kita Secara Peribadi: Walaupun kita boleh yakin bahawa Yehuwa akan menjayakan usaha Saksi-Saksi-Nya sebagai sebuah kumpulan, bolehkah kita mengharapkan Yehuwa untuk membantu kita secara peribadi? Semasa hawari Paulus ditimpa kesusahan, dia mendapat sokongan peribadi daripada Yehuwa menerusi Anak-Nya, Yesus. (2 Tim. 4:17) Kita juga boleh yakin bahawa Yehuwa akan memberkati usaha kita masing-masing untuk melaksanakan kehendak-Nya.—1 Yoh. 5:14.

3. Dalam situasi apakah Yehuwa membantu kita?

3 Adakah kekhuatiran kehidupan seharian menyebabkan anda kekurangan tenaga untuk kerja penyebaran? “Dia menguatkan orang yang lemah.” (Yes. 40:29-31) Adakah anda berhadapan dengan penganiayaan atau tentangan? “Serahkanlah kekhuatiranmu kepada [Yehuwa], maka Dia akan membela kamu.” (Mzm. 55:23) Kadang kala, adakah anda berasa kurang yakin? “Pergilah. Aku akan menolong engkau bercakap.” (Kel. 4:11, 12) Adakah anda mempunyai masalah kesihatan yang mengehadkan penglibatan anda dalam kerja penyebaran? Yehuwa menghargai dan akan memberkati usaha yang anda curahkan dengan sepenuh hati walaupun usaha itu sedikit sahaja.—1 Kor. 3:6, 9.

4. Keyakinan kita terhadap Yehuwa akan mendorong kita untuk melakukan apa?

4 Yehuwa sudah menghulurkan tangan-Nya dan “tiada sesiapa pun dapat menghalang Dia.” (Yes. 14:27) Oleh sebab kita yakin bahawa Yehuwa akan memberkati kerja penyebaran kita, marilah kita terus melaksanakan kerja ini dan menggunakan kewibawaan yang diberikan oleh Yehuwa untuk “berkata-kata dengan berani.” —Kis. 14:3.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi