PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 5/10 ms. 2
  • Para Penyebar Kristian Perlu Berdoa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Para Penyebar Kristian Perlu Berdoa
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Doa—Penghormatan yang Istimewa
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Mendekati Tuhan Melalui Doa
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Hampiri Tuhan melalui Doa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Hargailah Penghormatan untuk Berdoa!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2010
km 5/10 ms. 2

Para Penyebar Kristian Perlu Berdoa

1. Apakah yang diperlukan untuk melaksanakan kerja penyebaran kita?

1 Kita tidak dapat melaksanakan kerja penyebaran dengan usaha kita sendiri. Yehuwa memberi kita kekuatan untuk melakukan kerja ini. (Flp. 4:13) Dia menggunakan para malaikat-Nya untuk membantu kita mencari orang yang berhati jujur. (Pny. 14:6, 7) Meskipun kita menanam dan menyiram benih-benih kebenaran, Yehuwa yang menyebabkannya bertumbuh. (1 Kor. 3:6, 9) Betapa pentingnya bagi para penyebar Kristian untuk bergantung pada Bapa kita yang di syurga melalui doa!

2. Apakah sesetengah perkara yang boleh didoakan?

2 Untuk Diri Sendiri: Kita patut berdoa setiap kali kita menjalankan kerja penyebaran. (Ef. 6:18) Apakah sesetengah perkara yang boleh didoakan? Kita boleh berdoa supaya bersikap positif dan berani semasa bergiat dalam kawasan penyebaran kita. (Kis. 4:29) Kita boleh memohon Yehuwa agar memimpin kita kepada mereka yang berhati jujur yang ingin mempelajari Bible. Jika penghuni rumah menanyakan soalan, kita boleh membuat doa yang ringkas dalam hati dan memohon bantuan Yehuwa untuk menjawab dengan betul. (Neh. 2:4) Kita juga boleh memohon kebijaksanaan agar kita terus mengutamakan kerja penyebaran. (Yak. 1:5) Selain itu, Yehuwa senang hati apabila kita mengucapkan syukur kerana diberi peluang istimewa untuk menjadi penyebar-Nya.—Kol. 3:15.

3. Bagaimanakah doa kita untuk orang lain memajukan kerja penyebaran?

3 Untuk Orang Lain: Kita juga patut “berdoa bagi satu sama lain,” bahkan menyebut nama rakan penyebar kita jika sesuai. (Yak. 5:16; Kis. 12:5) Adakah masalah kesihatan yang semakin buruk mengehadkan penglibatan anda dalam kerja penyebaran? Jika begitu, berdoalah bagi pihak rakan penyebar yang sihat. Jangan sekali-kali memperkecilkan kesan doa anda untuk mereka! Anda juga boleh berdoa agar pihak berkuasa tidak menghalang kerja penyebaran supaya saudara saudari kita dapat terus “hidup dengan aman dan tenteram.”—1 Tim. 2:1, 2.

4. Mengapakah kita patut sentiasa berdoa?

4 Menyebarkan berita baik ke seluruh bumi ialah tugas yang berat. Jika kita sentiasa berdoa, kita akan berjaya melaksanakan kerja ini dengan bantuan Yehuwa.—Rm. 12:12.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi