PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 6/10 ms. 1
  • Adakah Mata Anda Terang?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Mata Anda Terang?
  • Kerja Teokratik Kita—2010
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kehidupan yang Sederhana Membantu Kita Memuliakan Yehuwa
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
  • Apakah Maksud Sebenar “Mata Ganti Mata”?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Adakah Anda Melaksanakan Tugas Anda dengan Sepenuhnya?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Utamakanlah Kerajaan Tuhan, Bukannya Kebendaan
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2010
km 6/10 ms. 1

Adakah Mata Anda Terang?

1. Apakah maksud mempunyai ‘mata yang terang’?

1 Perkara yang menjadi tumpuan mata kita akan mempengaruhi tindakan kita. Maka, kata-kata Yesus tepat sekali, “Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya”! (Mat. 6:22) Jika mata kita “terang” secara rohani, kita akan bertumpu pada satu tujuan sahaja—melaksanakan kehendak Tuhan. Kita akan mengutamakan Kerajaan Tuhan dan tidak membiarkan harta benda atau kegiatan lain yang tidak penting untuk mengganggu aktiviti penyebaran kita.

2. Apakah yang mungkin menyebabkan kita mempunyai pandangan yang salah, namun apakah yang dapat membantu kita?

2 Perlu Memeriksa Diri: Kita mungkin mempunyai pandangan yang salah tentang keperluan hidup setelah dipengaruhi oleh media pengiklanan atau setelah melihat apa yang dimiliki oleh orang lain. Sebelum kita menggunakan banyak masa, wang, atau tenaga untuk mengejar atau membeli sesuatu, adalah baik untuk “mengira perbelanjaannya.” Tanya diri kita, ‘Adakah tindakan ini akan membantu atau menghalang saya untuk berkhidmat kepada Yehuwa?’ (Luk. 14:28; Flp. 1:9-11) Dari semasa ke semasa, adalah bijak juga untuk memikirkan bagaimana kita boleh menyederhanakan lagi kehidupan sendiri agar dapat meningkatkan penglibatan kita dalam aktiviti penyebaran.—2 Kor. 13:5; Ef. 5:10.

3. Apakah yang dapat kita pelajari daripada seorang saudari yang membuat perubahan untuk menyederhanakan kehidupannya?

3 Seorang saudari yang mula menjadi perintis biasa telah memilih untuk meneruskan kerja sepenuh masanya, meskipun pendapatan daripada kerja sambilan cukup untuk menampung keperluannya. Akhirnya dia berkata, “Tidak seorang pun dapat menjadi hamba kepada dua orang tuan. Saya perlu mengorbankan keinginan saya untuk menjaga keperluan saya. Saya sedar bahawa harta benda akan menjadi usang dan tidak menarik lagi, dan saya akan keletihan jika terus mengejarnya.” Keadaannya mengizinkan dia untuk membuat perubahan bagi menyederhanakan kehidupannya dan untuk mencari kerja lain. Dengan ini, dia dapat meneruskan khidmatnya sebagai perintis.

4. Mengapakah adalah mendesak untuk memelihara mata yang terang sekarang?

4 Kita hidup pada masa yang mendesak. Maka, amatlah penting untuk memelihara mata yang terang, atau berfokus. Setiap hari yang berlalu menandakan bahawa kita semakin dekat dengan akhir sistem dunia ini dan dunia baru Tuhan akan menjelang tiba. (1 Kor. 7:29, 31) Apabila kita menumpukan perhatian pada kerja penyebaran, kita akan menyelamatkan baik kita sendiri mahupun mereka yang mendengar kita.—1 Tim. 4:16.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi