PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 10/11 ms. 1
  • Bantu Penghuni Rumah Menaakul

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bantu Penghuni Rumah Menaakul
  • Kerja Teokratik Kita—2011
  • Bahan yang Berkaitan
  • Menginjil dengan Sopan dan Bertimbang Rasa
    Menara Pengawal—2014
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menjawab Penghalang Perbualan yang Mungkin Timbul
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menawarkan Buku Ajaran Bible
    Kerja Teokratik Kita—2015
Kerja Teokratik Kita—2011
km 10/11 ms. 1

Bantu Penghuni Rumah Menaakul

1. Apakah kaedah penyampaian yang terbaik?

1 Penyiar manakah yang menggunakan penyampaian yang lebih berkesan? Penyiar yang berkeras tanpa menghiraukan pandangan orang lain atau penyiar yang membantu penghuni rumah untuk menaakul dan mencapai kesimpulan yang betul? Rasul Paulus telah menaakul dengan orang Yahudi di Tesalonika. Hasilnya, ‘beberapa orang antara mereka percaya kepada kata-katanya.’ (Kis. 17:2-4) Bagaimanakah kita dapat menaakul dengan orang lain?

2. Bagaimanakah kita dapat meniru teladan Paulus semasa menginjil?

2 Ambil Kira Perasaan dan Latar Belakang: Kita dapat menaakul dengan penghuni rumah jika kita mengambil kira perasaan mereka. Semasa Paulus berucap kepada orang Yunani yang bukan Kristian di Areopagus, dia menyatakan perkara-perkara yang diketahui dan dapat diterima mereka. (Kis. 17:22-31) Maka semasa menyediakan penyampaian, anda perlu mengambil kira kepercayaan dan prasangka penduduk tempatan. (1 Kor. 9:19-22) Jika penghuni rumah menyuarakan bantahan, cubalah cari titik persamaan dan teruskan perbualan anda.

3. Jelaskan bagaimana penggunaan soalan secara mahir dapat membantu kita menaakul dengan orang lain.

3 Mahir Menggunakan Soalan: Kita tidak dapat membantu seorang pelancong sampai ke destinasinya selagi kita tidak tahu di mana dia berada. Begitu juga, kita tidak dapat membantu penghuni rumah mencapai kesimpulan yang betul selagi kita tidak tahu apa yang sedang difikirkannya. Sebelum menaakul dengan seseorang, Yesus sering kali mengajukan soalan-soalan untuk mengetahui buah fikirannya. Contohnya, seorang lelaki pernah menanya Yesus, “Apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dan kekal?” Yesus meminta pendapatnya sebelum menjawab. (Luk. 10:25-28) Ketika Petrus menjawab dengan salah, Yesus secara mahir menggunakan soalan-soalan untuk membetulkan pandangannya. (Mat. 17:24-26) Jadi, jika penghuni rumah mengajukan soalan atau memberikan pendapat yang salah, gunakanlah soalan untuk membantunya menaakul.

4. Mengapakah kita harus membantu penghuni rumah untuk menaakul?

4 Apabila kita membantu penghuni rumah untuk menaakul, kita sedang meniru Guru Agung kita, Yesus, dan para penyebar berita baik yang mahir pada abad pertama. Kita juga sedang menghormati penghuni rumah. (1 Ptr. 3:15, 16) Hasilnya, dia mungkin lebih rela menyambut kedatangan kita kelak.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi