Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menawarkan Buku Ajaran Bible
Mengapa Penting: Buku Ajaran Bible ialah alat mengajar yang utama. Namun, kita perlu menawarkan buku ini sebelum kita dapat menggunakannya untuk belajar Bible dengan seseorang. Maka, kita patut berusaha agar lebih mahir menawarkan buku Ajaran Bible. (Ams. 22:29) Terdapat banyak cara untuk menawarkan buku ini, dan penyiar patut menggunakan cara yang berkesan bagi mereka.
Cubalah Bulan Ini:
Adakan sesi latihan semasa penyembahan keluarga anda.
Semasa menginjil, kongsi penyampaian anda dengan penyiar lain. (Ams. 27:17) Tukar penyampaian anda jika tidak berkesan.