Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan bagi Februari: Mana-mana brosur 32 muka surat yang menarik minat orang tempatan: Kehidupan Abadi di Firdaus!, Roh Orang Mati—Kawan atau Lawan? Wujud atau Tidak?, Bible—Apakah Mesejnya?, Adakah Kehidupan Diciptakan? dan Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Mac: Risalah Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran? Jika penghuni rumah berminat, tawarkan dan bincangkan buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? Berusaha untuk memulakan pembelajaran Bible. April dan Mei: Salah satu brosur baru Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya atau Dengarlah Cakap Tuhan.
◼ Tajuk ceramah istimewa yang akan disampaikan pada hujung minggu selepas sambutan Peringatan ialah “Adakah Akhir Zaman akan Tiba di Luar Jangkaan Anda?”
◼ Apabila sesebuah negara yang anda ingin kunjungi tidak disenaraikan dalam laporan aktiviti penyebaran tahunan atau dalam “Buku Tahunan” (Yearbook) yang terkini, kerja penyebaran di negara itu mungkin disekat. Sila hubungi pejabat cawangan anda untuk mengetahui langkah berjaga-jaga atau arahan khas yang perlu dipatuhi. (Mat. 10:16) Di sesetengah negara, para pengunjung tidak digalakkan untuk menghubungi saudara saudari atau sidang tempatan. Anda mungkin akan diberi arahan yang lain sehubungan dengan kesaksian tidak formal atau bekalan bahan bacaan yang dibawa bersama. Kerjasama anda akan membantu mengelakkan masalah yang tidak diingini bagi diri anda atau kerja penyebaran.—1 Kor. 14:33, 40.