Dapatkah Anda Memulakan Pembelajaran Bible pada Bulan Mac?
1 Tawaran bagi bulan Mac ialah risalah Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran? Matlamat kita adalah untuk memulakan pembelajaran Bible. Bagaimanakah kita dapat berbuat demikian semasa kunjungan kembali?
2 Cara Menggunakan Risalah: Kita boleh berkata, “Risalah yang saya tinggalkan dulu menggalakkan orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan agama untuk mengkaji Bible. [Mintanya untuk mengeluarkan risalahnya; jika dia tidak dapat mencarinya, berikan risalah yang baru kepadanya, dan tunjukkan soalan-soalan pada muka depan.] Bible dapat menjawab soalan-soalan yang menarik ini dengan baik.” Nyatakan semula soalan yang diminatinya pada kunjungan pertama. Gunakan risalah ini untuk membincangkan jawapan kepada salah satu soalannya, dan bacakan satu ayat rujukan daripada Bible. Kemudian, jelaskan bahawa terdapat banyak lagi ajaran dalam Bible dan berikan buku Ajaran Bible kepadanya. Jemputnya untuk memilih satu bab daripada senarai kandungan dan bincangkan beberapa perenggan di permulaan bab tersebut. Atau kita boleh menunjukkan lebih banyak maklumat tentang topik yang sedang dibincangkan dalam risalah. Rujukan-rujukan berikut boleh digunakan:
● Adakah Tuhan benar-benar mengambil berat tentang kita? (ms. 10-12, per. 6-10)
● Adakah peperangan dan penderitaan akan berakhir? (ms. 13, per. 12-13)
● Apakah yang berlaku kepada kita apabila kita mati? (ms. 66-67, per. 7-8)
● Adakah orang yang telah mati mempunyai harapan? (ms. 81-82, per. 13-15)
● Apakah caranya untuk berdoa supaya didengari Tuhan? (ms. 191-193, per. 5-8)
● Bagaimanakah saya boleh mendapat kebahagiaan hidup? (ms. 9-10, per. 4-5)
3 Kita mungkin tidak berpeluang memulakan dan menunjukkan cara pembelajaran Bible diadakan dengan buku Ajaran Bible pada kunjungan kembali pertama. Namun, kita boleh berbuat demikian pada kunjungan yang berikutnya. Setelah menilai tahap minat penghuni rumah, kita mungkin memilih untuk membincangkan beberapa soalan lagi dalam risalah sebelum menawarkan buku itu. Semoga kita menggunakan risalah ini dengan baik pada bulan Mac untuk memulakan pembelajaran Bible dan membantu mereka yang berhati jujur untuk “mengetahui kebenaran.”—Yoh. 8:31, 32, nota kaki.
4 Tiada di Rumah: Di sesetengah kawasan, penyiar biasanya meninggalkan bahan bacaan untuk penghuni yang tiada di rumah dengan cermat agar tidak mudah dilihat oleh orang yang lalu-lalang. Sekiranya sidang anda berbuat demikian, bolehkah anda meninggalkan risalah Mengetahui Kebenaran? Apabila anda kembali, anda boleh berkata, “Anda tiada di rumah sebelum ini. Jadi, kami telah meninggalkan risalah ini. Soalan manakah yang menarik minat anda?” Maka, pembelajaran Bible dapat dimulakan meskipun penghuni tiada di rumah semasa kita mengunjunginya.
[Soalan Pembelajaran]
1. Apakah tawaran bagi bulan Mac?
2. Semasa membuat kunjungan kembali, bagaimanakah kita boleh menggunakan risalah Mengetahui Kebenaran untuk memulakan pembelajaran Bible?
3. Bagaimanakah kita dapat menyesuaikan penyampaian kita mengikut keadaan?
4. Apabila penghuni tiada di rumah, bagaimanakah kita dapat menggunakan risalah ini?