Tuhan Sendiri yang Menyebabkannya Tumbuh
◼ Petikan daripada “Buku Tahunan 2011” (yb11-E), muka surat 55, perenggan 1-2:
DIA TAK KETUK PINTU. Miriam, yang menetap di Bolivia, berdoa kepada Tuhan selama seminggu. Doanya mungkin berbunyi seperti ini: “Tuhan, bantulah saya untuk mengenali-Mu, tapi saya tak mahu bantuan daripada Saksi Yehuwa. Saya tak mahu mereka ketuk pintu saya.”
Beberapa hari kemudian, telefonnya berdering. Pemanggilnya ialah Candy, seorang perintis khas. Candy ingin memberinya majalah kita dan berkata bahawa dia akan tiba dalam masa sejam. Miriam bersetuju. Candy tiba di depan pintunya dalam masa sejam. Miriam serta-merta membuka pintu dan menyuruh Candy untuk masuk dan duduk. Lalu Miriam mula mundar-mandir dan menggelengkan kepalanya dengan sedih. Candy bertanya apa masalahnya. “Saya terkilan!” jelas Miriam. “Saya berdoa selama seminggu meminta bimbingan dan pedoman daripada Tuhan. Tapi saya menyatakan dengan jelas, saya tak ingin bantuan daripada Saksi Yehuwa yang sering ketuk pintu saya! Kemudian kamu tak ketuk pintu, sebaliknya menelefon saya pula! Selepas panggilan kamu, saya berdoa agar kamu tak datang. Tapi kamu datang juga! Saya terkilan! Ini sememangnya kehendak Tuhan agar Saksi Yehuwa membantu saya.” Tanpa berlengah, dia mula mempelajari Bible dengan Candy.
◼ Petikan daripada “Buku Tahunan 2011” (yb11-E), muka surat 138, perenggan 3-4:
Semasa merintis di Hula, Don dan Shirley Fielder memulakan pembelajaran Bible dengan Alogi dan Renagi Pala. “Alogi mencuri dan selalu bergaduh,” tulis Don. “Dia menghidap sejenis penyakit yang membuat kulitnya kelihatan hodoh. Sebahagian mulutnya cacat kerana dijangkiti ulser. Dia dan isterinya juga mengunyah buah pinang, jadi gigi mereka berwarna hitam dan celah-celah gigi mereka kelihatan merah seperti darah. Pada pendapat saya, Alogi tak mungkin akan menerima kebenaran. Tapi, dia dan isterinya menunjukkan minat. Mereka menghadiri perjumpaan dan duduk dengan diam-diam di belakang dewan.
“Selama enam bulan,” kata Don, “Alogi membuat perubahan yang ketara. Dia berhenti mencuri, bergaduh, dan bertengkar. Dia dan Renagi membersihkan diri secara fizikal. Mereka mula memberikan komen dalam perjumpaan dan menginjil. Sebenarnya, mereka dan beberapa orang lain merupakan penduduk pertama di Hula yang menjadi penyiar.”