Rancanglah Sekarang untuk Menginjil dengan Lebih Giat
1. Apakah peluang yang kita miliki semasa musim Peringatan? Apakah persediaan yang boleh kita buat?
1 Setiap musim Peringatan, kita berpeluang untuk memuji Yehuwa. (Mzm. 109:30) Untuk menunjukkan penghargaan kepada Penyedia tebusan, bolehkah anda menginjil dengan lebih giat pada bulan Mac? Mulalah merancang dari sekarang.—Ams. 21:5.
2. Masa yang diperuntukkan bagi perintis sokongan telah dikurangkan pada April lalu. Bagaimanakah sambutan anda dan saudara saudari lain?
2 Perintis Sokongan: Tahun lalu, ramai saudara saudari begitu teruja apabila masa yang diperuntukan bagi perintis sokongan pada bulan April telah dikurangkan. Seorang saudara berkata, “Saya tak dapat menjadi perintis biasa kerana masih bersekolah. Tapi, saya akan memohon untuk memenuhi masa 30 jam. Pada bulan April pula, saya akan berusaha mencapai 50 jam.” Seorang saudari yang bekerja sepenuh masa menulis, “Masa 30 jam, memang boleh dicapai!” Apabila aturan ini diumumkan, seorang bekas perintis dalam lingkungan umur 80-an berkata, “Inilah saat yang saya nanti-nantikan! Yehuwa tahu, kerja merintis adalah masa yang terbaik bagi saya!” Mereka yang tidak boleh menjadi perintis sokongan dapat menetapkan matlamat untuk menginjil dengan lebih giat.
3. Mengapakah kita digalakkan untuk menjadi perintis sokongan pada bulan Mac, April, dan Mei?
3 Bulan Mac ialah masa terbaik untuk menjadi perintis sokongan kerana kita dapat memilih sama ada untuk memenuhi masa 30 jam atau 50 jam. Tambahan lagi, mulai 17 Mac, hari Sabtu, kita akan menyertai kempen istimewa untuk menjemput orang lain menghadiri Peringatan pada 5 April. Ramai pasti akan menikmati aturan ini sehingga ingin merintis pada bulan April dan Mei juga, walaupun mereka harus memenuhi masa 50 jam.
4. Bagaimanakah kita dapat menginjil dengan lebih giat? Apakah hasilnya?
4 Semasa malam Penyembahan Keluarga anda yang seterusnya, bincangkanlah bagaimana setiap ahli keluarga dapat menginjil dengan lebih giat pada musim Peringatan. (Ams. 15:22) Mohonlah kepada Yehuwa untuk memberkati usaha anda. (1 Yoh. 3:22) Jika anda menginjil dengan lebih giat, anda bukan sekadar dapat memuji Yehuwa, malah akan memperoleh lebih banyak sukacita.—2 Kor. 9:6.