Dua Keping Mata Wang yang Sangat Kecil Nilainya
Satu cara kita dapat menyokong Kerajaan Tuhan adalah dengan memberi sumbangan kewangan kepada kerja penyebaran sedunia. Apa kata jika kita tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi?
Sewaktu Yesus di Rumah Tuhan, dia memerhati seorang balu yang miskin memasukkan dua keping mata wang yang sangat kecil nilainya ke dalam peti persembahan. Kasih untuk Yehuwa telah mendorong balu “memberikan segala yang ada padanya—dia mendermakan semua nafkahnya.” (Mrk. 12:41-44) Peristiwa ini menarik perhatian Yesus. Sudah tentu, pemberian balu ini amat bernilai di mata Tuhan juga. Pada abad pertama, orang Kristian yang kaya mahupun yang miskin berbesar hati untuk memberikan sumbangan kewangan. Rasul Paulus menyebut tentang teladan saudara-saudara di Makedonia. Biarpun mereka “sangat miskin, . . . mereka meminta dan merayu . . . supaya dibenarkan membantu.”—2 Kor. 8:1-4.
Walaupun kita hanya mampu menyumbang “dua keping mata wang yang sangat kecil nilainya,” ingatlah bahawa apabila ramai orang berbuat demikian, jumlahnya boleh berlipat ganda. Pemberian yang sepenuh hati akan menyenangkan Tuhan kerana “Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.”—2 Kor. 9:7.