Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan yang berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 30 April 2012. Setiap isi mempunyai tarikh yang membolehkan anda membuat persiapan untuk sekolah setiap minggu.
1. Bagaimanakah penggenapan nubuat Bible mengukuhkan iman anda? [5 Mac, bh ms. 28 per. 17]
2. Mengapakah Tuhan tidak menghapuskan pemberontak-pemberontak di Taman Eden dengan serta-merta? [12 Mac, bh ms. 33 per. 9]
3. Apakah yang dilambangkan oleh roti dan wain yang digunakan semasa Peringatan? [19 Mac, bh ms. 238 per. 1-2]
4. Mengapakah kita tidak berupaya membimbing diri sendiri? (Yer. 10:23) [19 Mac, w11 12/15 ms. 14 per. 7]
5. Apakah soalan yang dikemukakan oleh Yeremia, dan bagaimanakah Yehuwa menjawabnya? (Yer. 12:1) [2 Apr., w11 9/15 ms. 9 per. 11]
6. Apakah maksud “bumi baru” yang disebut di 2 Petrus 3:13? [9 Apr., bh ms. 37 per. 15]
7. Apakah yang menunjukkan bahawa Yesus ialah Mesias semasa dia dibaptiskan? [16 Apr., bh ms. 44 per. 8]
8. Apakah yang diajarkan dalam Bible tentang kewujudan Yesus sebelum dia datang ke bumi? [23 Apr., bh ms. 45 per. 10]
9. Bagaimanakah kita tahu bahawa Anak Sulung Tuhan tidak setara dengan Tuhan? [23 Apr., bh ms. 46 per. 12]
10. Orang Kristian yang menjalankan urus niaga bersama perlu melakukan apa, dan mengapa? (Yer. 32:9-12) [30 Apr., lv ms. 192 per. 14]