PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 6/12 ms. 3
  • Nilai Bahan Bacaan Bible

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Nilai Bahan Bacaan Bible
  • Kerja Teokratik Kita—2012
  • Tajuk Kecil
  • Norway
Kerja Teokratik Kita—2012
km 6/12 ms. 3

Nilai Bahan Bacaan Bible

Norway

yb12-E, muka surat 92, perenggan 1

Ingebret Andersen tinggal berhampiran Skien. Dia mendapat sebuah buku berjudul The Plan of the Ages. Barangkali buku itu dibawa oleh Knud ke Norway. Sudah lama Ingebret berminat tentang kedatangan Kristus kali kedua, dan kini dia dan isterinya Berthe khusyuk membaca buku itu. Tidak lama kemudian, Ingebret mula memberikan kesaksian kepada orang lain. Dia bahkan bercakap tentang Pemerintahan Seribu Tahun Kristus di pertemuan agama lain. Selepas itu, dia mengunjungi mereka yang berminat. Sebuah sidang yang terdiri daripada 10 orang Pelajar Bible telah ditubuhkan di Skien.

yb12-E muka surat 112, perenggan 3

Pada tahun 1937, Olaf Rød sedang berbincang dengan seorang saudara lain tentang kumpulan besar manusia. Hanya mereka berdua sahaja yang merupakan Saksi di Haugesund. Jadi mereka tertanya-tanya bagaimana kumpulan besar ini akan muncul. Tiba-tiba, ada orang mengetuk pintu rumah Olaf. Rupa-rupanya Alfred Trengereid yang mengetuk pintu. Dia mendapat senaskhah majalah pembelajaran dan suka akan kandungannya. Dengan segera, dia mengayuh perahunya ke Haugesund untuk mendapatkan bahan bacaan daripada seorang Saksi, iaitu Olaf. Olaf terkejut lalu berfikir, “Kumpulan besar manusia sudah mula muncul!” Memang betul. Tetapi cara dan masa mereka mendapat kebenaran berbeza-beza. Alfred telah menjadi saudara kita, dan ramai lagi dari kawasan yang sama kemudiannya menyambut berita baik Kerajaan Tuhan.

yb12-E muka surat 113

JOHANNES KÅRSTAD

DILAHIRKAN 1903 DIBAPTIS 1931

PROFIL Berkhidmat selama lapan tahun sebagai perintis di atas perahu.

◼ PADA tahun 1929, Johannes dirawat di hospital kerana menghidap tuberkulosis. Dia mula membaca Bible dan berjanji kepada Tuhan bahawa dia akan menyembah-Nya selepas dia sembuh.

Tidak lama sebelum dia keluar dari hospital, Johannes mula membaca buku-buku Pelajar Bible. Kemudian, dia mendapatkan lebih banyak buku lagi dan membacanya empat atau lima kali. Johannes mula menyebarkan kebenaran yang dipelajari. Setelah dia pulih, dia mengunjungi Saudara Ringereide di Bergen. Saudara Ringereide menggalakkannya untuk menjadi perintis. Walaupun Johannes tidak pernah dilatih, dia tidak teragak-agak untuk menjadi perintis.

Dia merintis sepanjang persisiran pantai sejauh Tromsø. Dari tahun 1931 hingga 1938, dia menggunakan perahu Ester, dan kemudiannya menggunakan perahu Ruth. Pada tahun 1939, Johannes dilantik sebagai penyelia lawatan di bahagian timur Norway. Dia juga berkhidmat separuh masa di Bethel untuk sementara waktu. Selepas Perang Dunia II, dia berkahwin dengan Sigrid dan merintis bersamanya. Pada tahun 1995, semasa Johannes berada di Fredrikstad, dia menghembuskan nafas terakhirnya di bumi.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi