Jadual untuk Minggu Bermula 9 Julai
MINGGU BERMULA 9 JULAI
Lagu 35 dan Doa
□ Pembelajaran Bible Sidang:
my cerita 88 (25 min.)
□ Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Yehezkiel 11-14 (10 min.)
No. 1: Yehezkiel 11:14-25 (tidak melebihi 4 min.)
No. 2: Mengapa Kita Perlu Mengetahui Kebenaran tentang Kematian—bh bab 6 per. 15-20 (5 min.)
No. 3: Apakah Erti Berwatak Lembut, dan Bagaimanakah Sifat Ini Membantu Kita Berpandangan Positif?—Zef. 2:3 (5 min.)
□ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
5 min: Pengumuman.
15 min: Membuat Kunjungan Kembali Secara Berkesan. Perbincangan berdasarkan soalan berikut: (1) Mengapakah baik untuk menetapkan matlamat setiap kali kita membuat kunjungan? (2) Kita harus meluangkan berapa banyak masa semasa kunjungan-kunjungan yang pertama? (3) Bagaimanakah kita boleh memperkenalkan diri semasa kita kembali? (4) Apakah yang boleh kita kata jika penghuni rumah tidak berminat? (5) Semasa mengunjungi seseorang yang menerima risalah, brosur, atau majalah, bilakah dan bagaimanakah kita dapat memperkenalkan buku Ajaran Bible? (6) Bagaimanakah kita dapat memupuk minat seseorang jika dia selalu tidak berada di rumah? (7) Bagaimanakah kita melatih penyiar yang kurang pengalaman semasa membuat kunjungan kembali?
15 min: “Apakah yang ‘Membolehkan Anda Berbangga’?” Soal jawab. Semasa membincangkan perenggan 4, galakkan semua untuk menyerahkan laporan aktiviti penyebaran mereka setiap bulan. Bincangkan isi-isi yang berkaitan daripada buku “Diorganisasikan” (Organized-E), muka surat 88-90.
Lagu 9 dan Doa