Jadual untuk Minggu Bermula 7 Januari
MINGGU BERMULA 7 JANUARI 2013
Lagu 104 dan Doa
□ Pembelajaran Bible Sidang:
my cerita 114 (30 min.)
□ Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Matius 1-6 (10 min.)
No. 1: Matius 5:21-32 (tidak melebihi 4 min.)
No. 2: Mengapa Kita Patut Mematuhi Perintah Yehuwa—bh bab 12 per. 17-19 (5 min.)
No. 3: Bagaimanakah Yehuwa Menjadi “Warisanmu”?—Bil. 18:20 (5 min.)
□ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
10 min: Cadangan untuk Menawarkan Brosur pada Januari. Perbincangan. Gunakan satu atau dua minit untuk menyatakan isi-isi brosur yang kini diterbitkan dalam bahasa Malaysia, Bidayuh, Dusun, Iban, Kadazan, dan Rungus. Pilih satu atau dua brosur dan jemput hadirin mencadangkan soalan yang menarik minat penghuni. Kemudian jemput mereka mencadangkan ayat Bible untuk dibaca. Demonstrasikan cadangan-cadangan pada muka surat ini dalam bahasa yang sesuai dengan kawasan tempatan.
10 min: Keperluan tempatan.
10 min: Dewan Perjumpaan yang Bersih Memuliakan Yehuwa. Ceramah oleh penatua. Yehuwa ialah Tuhan yang suci, maka umat-Nya harus mengutamakan kebersihan fizikal. (Kel. 30:17-21; 40:30-32) Kita memuliakan Yehuwa dengan memastikan tempat penyembahan kita bersih dan berkeadaan baik. (1 Ptr. 2:12) Ceritakan pengalaman tempatan atau pengalaman dalam bahan bacaan kita yang menunjukkan bagaimana Dewan Perjumpaan yang dijaga dengan rapi memberikan kesaksian yang baik kepada masyarakat. Temu ramah: Minta saudara yang menyelaraskan kerja pembersihan dan penyelenggaraan untuk menjelaskan aturan sidang anda. Galakkan semua untuk menyumbang tenaga dalam menjaga Dewan Perjumpaan.
Lagu 127 dan Doa