Jadual untuk Minggu Bermula 4 Mac
MINGGU BERMULA 4 MAC
Lagu 62 dan Doa
□ Pembelajaran Bible Sidang:
lv bab 3 ¶8-15, kotak pada ms. 34 (30 min.)
□ Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Markus 9-12 (10 min.)
No. 1: Markus 11:19–12:11 (tidak melebihi 4 min.)
No. 2: Bagaimanakah Seorang Lelaki Boleh Menjadi Suami yang Baik?—bh bab 14 per. 5-9 (5 min.)
No. 3: Mengapa Membaktikan Diri kepada Tuhan Membawa Kebahagiaan—Kis. 20:35 (5 min.)
□ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
10 min: Cara Menawarkan Brosur pada Mac. Perbincangan. Gunakan satu atau dua minit untuk menjelaskan mengapa brosur Berita Baik daripada Tuhan! berkesan di kawasan tempatan. Gunakan contoh di muka surat ini untuk mengingatkan hadirin tentang penyampaian yang dicadangkan semasa konvensyen distrik. Bincangkan pelajaran 9, “Bagaimanakah Keluarga Anda Boleh Bahagia?” Demonstrasi: Dua penyiar yang berpengalaman menggunakan topik ini untuk menawarkan brosur dalam salah satu bahasa tempatan.
10 min: Peroleh Manfaat dengan Menyelidiki Kitab Suci Setiap Hari—2013. Perbincangan berdasarkan “Ayat Tahunan 2013” dan “Cara Menggunakan Buku Kecil ‘Menyelidiki Kitab Suci’” dalam Kerja Teokratik Kita. Kemudian, tanya hadirin: Bilakah anda membincangkan ayat harian? Apakah manfaat yang diperoleh? Akhiri bahagian ini dengan menggalakkan semua untuk menyelidiki ayat Bible setiap hari.
10 min: Keperluan tempatan.
Lagu 119 dan Doa