Menjelaskan Kepercayaan Kita tentang Tahun 1914
Menurut Bible, kita harus “bersedia memberikan jawapan” tentang kepercayaan kita “dengan lemah lembut dan hormat.” (1 Ptr. 3:15, 16a) Memang tidak mudah untuk menjelaskan kebenaran Bible yang mendalam. Misalnya, bagaimanakah kita tahu bahawa Kerajaan Tuhan mula memerintah pada tahun 1914? Rencana “Perbualan dengan Penghuni Rumah—Bilakah Kerajaan Tuhan Mula Memerintah?” dapat membantu kita. Rencana itu terdapat dalam Menara Pengawal (edisi umum) yang akan ditawarkan pada bulan Oktober hingga Disember. Seraya mengkaji rencana itu, fikirkan soalan-soalan berikut berkenaan cara yang digunakan Sam, penyiar dalam rencana itu.
Bagaimanakah dia . . .
memberikan pujian kepada penghuni rumah?—Kis. 17:22.
menunjukkan kerendahan hati semasa menjelaskan kepercayaannya?—Kis. 14:15.
Apakah manfaatnya apabila dia . . .
dari masa ke masa membuat ringkasan sebelum menjelaskan isi-isi tambahan?
dari masa ke masa berhenti sejenak dan tanya sama ada penghuni rumah memahami apa yang dijelaskan atau tidak?
tidak menjelaskan terlalu banyak maklumat sekali gus?—Yoh. 16:12.
Kita sangat bersyukur kerana Yehuwa, Pendidik Agung kita, mengajar kita cara untuk menjelaskan kebenaran Bible yang mendalam kepada orang yang berminat!—Yes. 30:20.