Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menangani Penghuni Rumah yang Marah
Mengapa Penting: Biasanya, orang yang kita jumpa semasa menginjil bersikap ramah. Namun, Yesus berkata bahawa sesetengah orang akan membenci kita. (Yoh. 17:14) Maka, tidak hairanlah jika kita bertemu dengan penghuni rumah yang marah. Untuk mengelakkan daripada memburukkan keadaan, kita perlu menangani situasi sebegini dengan baik. (Rm. 12:17-21; 1 Ptr. 3:15) Ingatlah, kita mewakili Yehuwa. Kelakuan yang baik dapat memberikan kesaksian kepada penghuni rumah dan orang yang memerhatikan kerja kita. Mereka mungkin terdorong untuk mendengar mesej kita apabila Saksi lain mengunjungi mereka kelak.—2 Kor. 6:3.
Cubalah Bulan Ini:
Adakan sesi latihan semasa penyembahan keluarga anda.
Selepas beredar dari rumah penghuni yang marah, bincanglah dengan teman menginjil tentang cara anda dapat menangani situasi itu dengan lebih baik.