PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/15 ms. 2
  • Teruslah Maju sebagai Penginjil

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Teruslah Maju sebagai Penginjil
  • Kerja Teokratik Kita—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Majulah dalam Kerja Penyebaran Anda
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Menghasilkan Buah dan Menjadi Sahabat Yesus
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Cara Melatih Penyiar Baru untuk Menjalankan Kerja Penyebaran
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Yehuwa Mengasihi Orang yang “Membuahkan Hasil dengan Tabah”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
Lihat Selanjutnya
Kerja Teokratik Kita—2015
km 1/15 ms. 2

Teruslah Maju sebagai Penginjil

1. Sebutkan contoh yang menunjukkan bahawa kita harus membuat kemajuan sebagai penginjil.

1 Orang Kristian harus membuat kemajuan sebagai penginjil. Itulah sebabnya Yesus melatih pengikutnya untuk melakukan kerja penyebaran. (Luk. 9:1-5; 10:1-11) Akwila dan Priskila membantu Apolos dengan “menjelaskan jalan Tuhan dengan lebih tepat lagi kepadanya.” (Kis. 18:24-26) Timotius, seorang penginjil yang berpengalaman, digalakkan oleh Paulus untuk terus meningkatkan kemahiran mengajar agar kemajuannya “dapat dilihat dengan jelas oleh semua orang.” (1 Tim. 4:13-15) Sama ada kita ialah penyiar baru atau berpengalaman, kita harus terus mengasah kemahiran menginjil kita.

2. Bagaimanakah kita dapat belajar daripada rakan seiman?

2 Belajar daripada Rakan Seiman: Kita dapat mengasah kemahiran kita dengan belajar daripada rakan seiman. (Ams. 27:17) Jadi, berilah tumpuan apabila rakan menginjil memberikan penyampaiannya. Mintalah dan dengarlah cadangan daripada penyiar yang berpengalaman. (Ams. 1:5) Jika anda teragak-agak untuk membuat kunjungan kembali, memulakan pembelajaran Bible, atau melibatkan diri dalam pelbagai bentuk aktiviti penyebaran, mintalah penyelia kumpulan atau penyiar yang berpengalaman untuk melatih anda. Selain itu, teruslah memohon bantuan daya aktif Tuhan untuk meningkatkan kemahiran anda.—Luk. 11:13.

3. Jika seseorang memberikan cadangan kepada kita, apakah seharusnya reaksi kita?

3 Jangan tersinggung jika seseorang memberikan cadangan yang dapat membantu anda. (Pkh. 7:9) Seperti Apolos, pupuklah sifat rendah hati. Hargailah dan terimalah cadangan yang diberikan. Dengan itu, anda menunjukkan kebijaksanaan.—Ams. 12:15.

4. Menurut Yesus, mengapakah kita harus terus membuat kemajuan sebagai penginjil?

4 Kemajuan Memuliakan Tuhan: Perumpamaan Yesus menggalakkan pengikutnya untuk terus membuat kemajuan sebagai penginjil. Dia menyamakan dirinya dengan pokok anggur dan orang Kristian terurap dengan carang pokok anggur. Dia berkata bahawa Bapanya akan membersihkan setiap carang yang berbuah agar “menghasilkan lebih banyak buah.” (Yoh. 15:2) Sepertimana seorang pemilik ladang anggur menginginkan tanamannya menghasilkan lebih banyak buah, Yehuwa juga ingin kita terus meningkatkan kemahiran kita untuk menghasilkan “buah yang kita persembahkan dengan bibir.” (Ibr. 13:15) Apakah hasilnya jika kita terus membuat kemajuan? Yesus berkata, “Bapaku dimuliakan jika kamu terus menghasilkan banyak buah.”—Yoh. 15:8.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi