PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr16 Disember ms. 1-2
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2016)
  • Tajuk Kecil
  • 5-11 DISEMBER
  • 12-18 DISEMBER
  • 19-25 DISEMBER
  • 26 DISEMBER 2016–1 JANUARI 2017
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2016)
mwbr16 Disember ms. 1-2

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

5-11 DISEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YESAYA 1-5

Mencari Permata Rohani

(Yesaya 1:18) Yehuwa berfirman, “Marilah kita selesaikan perkara ini. Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji. Walaupun dosa kamu banyak dan berat, kamu akan Aku ampuni sepenuhnya.

w06-IN 1/12 9 ¶1

Sorotan daripada Buku Yesaya—I

1:18—Apakah yang dimaksudkan oleh kata-kata ini: “Marilah kita selesaikan perkara ini”? Kata-kata ini bukannya suatu jemputan untuk mengadakan perbincangan atau bersepakat dalam suatu perkara. Sebaliknya, hal ini bermaksud bahawa Yehuwa, Hakim yang adil, ingin memberikan peluang kepada umat Israel untuk berubah dan menyucikan diri.

it-2-IN 679 ¶4

Berbaik Semula

Langkah-langkah untuk berbaik semula dengan Tuhan. Manusia telah menyakiti hati Tuhan dengan melanggar hukum-Nya. Jadi, manusialah yang patut berbaik semula dengan Tuhan, bukan yang sebaliknya. (Mz 51:3-6) Manusia tidak mungkin akan mencapai piawaian Tuhan. Selain itu, standard Tuhan mengenai apa yang benar tidak akan berubah-ubah, atau perlu dikemaskinikan. (Yes 55:6-11; Mal 3:6; bandingkan Yak 1:17.) Maka, piawaian yang ditetapkan Tuhan agar manusia dapat berbaik semula dengan-Nya bukanlah sesuatu yang patut dipersoalkan. Dia juga tidak akan berkompromi dalam soal piawaian-Nya. (Bandingkan Ayb 40:1, 2, 6-8; Yes 40:13, 14.) Dalam banyak Bible, Yesaya 1:18 diterjemahkan sebagai: “Datanglah, dan marilah kita berbincang bersama, kata TUAN” (KJ; AT; JP; RS). Namun, terjemahan yang lebih tepat ialah: “‘Marilah kita selesaikan perkara ini [“persengketaan ini,” Ro],’ kata Yehuwa.” Sememangnya, manusialah yang telah menyebabkan persengketaan dengan Tuhan.​—Bandingkan Yeh 18:25, 29-32.

12-18 DISEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YESAYA 6-10

Mencari Permata Rohani

(Yesaya 7:3, 4) Yehuwa berfirman kepada Yesaya, “Bawalah anakmu, Syear Yasyub dan pergilah menghadap Raja Ahas. Engkau akan menemuinya di jalan tempat pembuat kain bekerja, di hujung parit yang menyalurkan air dari kolam yang di sebelah atas. 4 Suruhlah dia berwaspada dan tenang. Dia tidak usah takut ataupun gelisah. Kemurkaan Raja Rezin dan orang Siria serta Raja Pekah tidak lebih berbahaya daripada asap dua puntung kayu api.

w06-IN 1/12 9 ¶4

Sorotan daripada Buku Yesaya—I

7:3, 4—Mengapakah Yehuwa menyelamatkan Raja Ahas yang jahat? Raja-raja Siria dan Israel merancang untuk menggulingkan Ahas, raja Yehuda. Mereka ingin menggantikannya dengan anak Tabeel, yang tidak berasal daripada keturunan Daud. Rancangan Syaitan ini akan menghalang pelaksanaan perjanjian Yehuwa dengan Daud, sehubungan dengan Kerajaan Tuhan. Yehuwa menyelamatkan Ahas untuk melindungi garis keturunannya sehingga “Raja Damai” yang dijanjikan tiba.​—Yesaya 9:6.

19-25 DISEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YESAYA 11-16

Mencari Permata Rohani

(Yesaya 11:1) Keturunan Raja Daud seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja Daud.

(Yesaya 11:10) Suatu hari akan tiba apabila seorang raja keturunan Raja Daud akan menjadi tanda kepada bangsa-bangsa. Mereka akan datang kepadanya, dan bangsanya sendiri akan menjadi masyhur.

w06-IN 1/12 9 ¶6

Sorotan daripada Buku Yesaya—I

11:1, 10—Mengapakah Yesus Kristus merupakan “tunas baru” dan “tunggul pokok” keturunan Daud? (Roma 15:12) Yesus merupakan “tunas baru” kerana dia ialah keturunan Daud, anak Isai. (Matius 1:1-6; Lukas 3:23-32) Dia juga dianggap sebagai “tunggul pokok” bagi keturunan nenek moyangnya, termasuk Daud dan Isai. Hal ini kerana Yesus menjadi “Bapa Kekal” bagi manusia setelah dia diberikan kuasa dan wewenang untuk mengurniakan kehidupan kekal di bumi kepada orang yang taat.​—Yesaya 9:6.

26 DISEMBER 2016–1 JANUARI 2017

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YESAYA 17-23

Mencari Permata Rohani

(Yesaya 19:1) Inilah perkhabaran Yehuwa tentang Mesir. Yehuwa datang ke Mesir mengendarai awan yang laju. Berhala-berhala Mesir gementar di hadapan-Nya dan penduduk Mesir hilang semangat.

ip-1-IN 201 ¶26

Penghakiman Yehuwa terhadap Bangsa-Bangsa

26 Dalam Bible, Mesir sering kali melambangkan dunia Syaitan. (Yehezkiel 29:3; Yoel 3:19; Wahyu 11:8) Jadi, adakah ‘perkhabaran Yehuwa tentang Mesir’ akan berlaku dalam skala yang lebih besar? Ya, sudah tentu! Kata-kata dalam nubuat Yesaya ini pasti akan menarik perhatian orang: ‘Yehuwa datang ke Mesir mengendarai awan yang laju. Berhala-berhala Mesir gementar di hadapan-Nya dan penduduk Mesir hilang semangat.’ (Yesaya 19:1) Yehuwa akan segera mengambil tindakan terhadap organisasi Syaitan. Pada saat itu, tuhan-tuhan sistem ini akan terbukti tidak bernilai. (Mazmur 96:5; 97:7) ‘Penduduk Mesir akan hilang semangat.’ Yesus pernah berkata bahawa pada masa itu, “bangsa-bangsa akan menderita dan mereka tidak akan tahu jalan keluar kerana deruan laut yang bergelora. Apabila orang menantikan apa yang bakal melanda seluruh bumi, mereka akan pengsan ketakutan.”​—Lukas 21:25, 26.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi