PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb17 Januari ms. 8
  • Berdoalah bagi Rakan Seiman yang Dianiaya

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Berdoalah bagi Rakan Seiman yang Dianiaya
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
  • Bahan yang Berkaitan
  • Berita yang Dapat Dipercayai dan Menguatkan Iman
    Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan
  • Bersukacitalah semasa Dianiaya
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
  • Berdoalah untuk Orang Lain
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Carilah Nasihat Bijak untuk Kehidupan di JW.ORG
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
mwb17 Januari ms. 8

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Berdoalah bagi Rakan Seiman yang Dianiaya

Bible sudah menubuatkan bahawa Syaitan akan menganiaya kita untuk menghentikan kerja penyebaran. (Yoh 15:20; Why 12:17) Bagaimanakah kita dapat membantu rakan seiman yang dianiaya di tempat lain? Kita boleh berdoa untuk mereka. Bible berkata, “Doa yang sungguh-sungguh daripada orang yang melakukan apa yang benar sangat berkesan.”​—Yak 5:16.

Seorang saudara digari dan dibawa ke penjara; sekumpulan saudara saudari; seorang saudara sedang berdoa

Apakah yang boleh kita doakan? Kita boleh memohon agar Yehuwa membantu mereka menjadi berani dan mengatasi perasaan takut. (Yes 41:10-13) Kita juga boleh berdoa agar pihak berkuasa tidak melarang kerja penyebaran kita. Dengan demikian, “kita dapat terus menjalani kehidupan yang tenang dan tenteram.”​—1Ti 2:1, 2.

Semasa Paulus dan Petrus dianiaya, orang Kristian pada abad pertama menyebut nama mereka apabila berdoa. (Kis 12:5; Rm 15:30, 31) Barangkali kita tidak mengetahui nama saudara saudari yang mengalami penganiayaan. Tetapi, bolehkah kita menyebut nama sidang, kawasan, atau negara mereka semasa berdoa?

  • Maklumat terkini mengenai Saksi-Saksi Yehuwa yang mengalami penganiayaan terdapat di jw.org/id. (Lihat RUANG BERITA > BERITA HUKUM.)

  • Di jw.org/id, rencana “Saksi-Saksi Yehuwa yang Dipenjarakan Karena Iman Mereka​—Menurut Lokasi” menyenaraikan jumlah orang yang sedang dipenjarakan di setiap negara. (Lihat RUANG BERITA > BERITA HUKUM. Klik pada salah sebuah negara untuk mengetahui lebih lanjut dan untuk membuka fail PDF yang menyenaraikan nama mereka yang dipenjarakan.)

Adakah anda ingin berdoa untuk saudara saudari yang sedang dianiaya di negara atau kawasan tertentu? Senaraikan tempat-tempat itu.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi