PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb17 Jun ms. 7
  • Menjunjung Piawaian Moral Yehuwa

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Menjunjung Piawaian Moral Yehuwa
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • SILA LIHAT VIDEO JADILAH SAHABAT YEHUWA​—SATU LELAKI, SATU PEREMPUAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
  • Kotak Pertanyaan
    Kerja Teokratik Kita—2008
  • Mengapakah Pakaian dan Dandanan Kita Penting?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Adakah Cara Pemakaian Anda Memuliakan Tuhan?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Adakah Anda Memiliki Hati yang Taat?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
mwb17 Jun ms. 7

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Menjunjung Piawaian Moral Yehuwa

Yehuwa telah menetapkan piawaian moral untuk manusia. Misalnya, Dia berkata bahawa ikatan perkahwinan ialah sesuatu yang kekal. (Mt 19:4-6, 9) Dia mengutuk perbuatan yang tidak bermoral. (1Ko 6:9, 10) Dia juga memberi umat-Nya bimbingan tentang pakaian dan dandanan agar mereka berbeza daripada orang di dunia.​—Ul 22:5; 1Ti 2:9, 10.

Kini, ramai orang menolak piawaian Yehuwa. (Rm 1:18-32) Mereka terikut-ikut dengan pandangan orang dalam soal pakaian, dandanan, dan kelakuan. Ada yang bahkan melakukan perbuatan yang tidak bermoral tanpa rasa malu. Mereka juga menghina orang yang tidak mengikut cara hidup mereka.​—1Pt 4:3, 4.

Sebagai Saksi-Saksi Yehuwa, kita menjunjung piawaian moral Tuhan. (Rm 12:9) Selain memberitahu piawaian Yehuwa kepada orang lain, kita harus memastikan kita hidup selaras dengan piawaian-Nya. Tanyalah diri, “Semasa memilih pakaian dan dandanan, adakah saya mengikut piawaian Yehuwa atau dunia? Adakah penampilan saya menunjukkan bahawa saya ialah penyembah Tuhan? Adakah Yehuwa setuju dengan rancangan TV atau wayang ini? Piawaian siapakah yang ditonjolkan dalam wayang ini? Adakah hiburan yang saya pilih melemahkan tekad saya untuk tetap bersih secara moral? (Mz 101:3) Adakah pilihan saya membuat orang lain atau ahli keluarga saya tersandung?”​—1Ko 10:31-33.

Tidak lama lagi, Yesus Kristus akan menghapuskan dunia yang jahat ini. (Yeh 9:4-7) Hanya mereka yang melakukan kehendak Tuhan akan terselamat. (1Yo 2:15-17) Maka, marilah kita menjunjung piawaian moral Yehuwa supaya orang lain juga terdorong untuk memuliakan-Nya.​—1Pt 2:11, 12.

Seorang wanita memilih pakaian

Piawaian siapakah yang saya cerminkan semasa memilih pakaian dan dandanan?

SILA LIHAT VIDEO JADILAH SAHABAT YEHUWA​—SATU LELAKI, SATU PEREMPUAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah cara hidup menurut piawaian Yehuwa merupakan pilihan yang paling bijak?

  • Mengapakah ibu bapa harus mengajar anak mereka mengenai piawaian Yehuwa sejak anak masih kecil?

  • Bagaimanakah orang yang tua dan muda dapat membantu orang lain meraih berkat Tuhan?

APAKAH JAWAPAN ANDA APABILA SESEORANG BERKATA . . .

  • “Apakah pandangan anda mengenai hubungan homoseksual?”

  • “Pandangan Bible tentang hubungan homoseksual adalah keterlaluan!”

  • “Orang yang homoseksual tidak dapat berubah. Mereka memang dilahirkan begitu.”

(yp1-IN bab 23; yp2-IN bab 28; lihat juga “Adakah Perbuatan Homoseksual Salah?” di jw.org/ms, AJARAN BIBLE > REMAJA)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi