PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr17 Oktober ms. 1
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2017)
  • Tajuk Kecil
  • 2-8 OKTOBER
  • 16-22 OKTOBER
  • 30 OKTOBER–5 NOVEMBER
  • w07-IN 1/10 13 per. 3
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2017)
mwbr17 Oktober ms. 1

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

2-8 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN DANIEL 7-9

Mencari Permata Rohani

(Daniel 9:27) Raja itu akan membuat perjanjian yang kukuh dengan banyak orang selama tujuh tahun. Pada pertengahan jangka masa itu, raja itu akan menghentikan segala korban dan persembahan. Kemudian sesuatu yang disebut, ‘Bencana Yang Dahsyat’ akan diletakkan di Rumah Tuhan, dan tetap di situ sehingga orang yang meletakkannya menemui kebinasaan yang telah ditentukan oleh Tuhan baginya.”

w07-IN 1/9 20 per. 4

Sorotan daripada Buku Daniel

9:27​—Apakah perjanjian yang terus berkuat kuasa sehingga akhir 490 tahun, atau pada tahun 36 M? Perjanjian Hukum Musa berakhir sewaktu Yesus dibunuh pada tahun 33 M. Namun, Perjanjian Abraham terus berkuat kuasa untuk bangsa Israel dan pemeluk agama Yahudi sehingga tahun 36 M. Yehuwa memanjangkan tempoh perjanjian tersebut kerana orang Yahudi merupakan keturunan Abraham. Perjanjian Abraham terus berkuat kuasa untuk “Israel milik Tuhan.”​—Galatia 3:7-9, 14-18, 29; 6:16.

16-22 OKTOBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN HOSEA 1-7

Mencari Permata Rohani

(Hosea 1:7) Tetapi Aku akan mengasihani suku Yehuda. Aku, Yehuwa, Tuhan mereka akan menyelamatkan mereka, tetapi bukan dengan peperangan—bukan dengan pedang, atau busur dan panah, atau kuda dan penunggangnya.”

w07-IN 15/9 14 per. 7

Sorotan daripada Buku Hosea

1:7​—Bilakah Tuhan menunjukkan belas kasihan kepada Yehuda dan menyelamatkan mereka? Hal itu terjadi pada tahun 732 SM sewaktu pemerintahan Raja Hizkia. Pada masa itu, Yehuwa mengakhiri ancaman tentera Asyur dengan mengutus satu malaikat yang telah membunuh 185,000 askar Asyur dalam satu malam. (2 Raja-Raja 19:34, 35) Maka, Yehuwa menyelamatkan Yehuda melalui satu malaikat, dan ‘bukan dengan peperangan, pedang, busur dan panah, atau kuda dan penunggangnya.’

30 OKTOBER–5 NOVEMBER

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN YOEL 1-3

Mencari Permata Rohani

(Yoel 3:14) Beribu-ribu orang berada di Lembah Penghakiman. Di sanalah Hari Yehuwa akan segera datang.

w07-IN 1/10 13 per. 3

Sorotan daripada Buku Yoel dan Amos

3:14​—Apakah yang dimaksudkan dengan “Lembah Penghakiman”? “Lembah Penghakiman” secara simbolik merujuk kepada tempat penghakiman Tuhan. Pada zaman Raja Yosafat, yang namanya bermaksud “Yehuwa ialah Hakim,” Tuhan telah mengelirukan para musuh agar dapat menyelamatkan Yehuda. Maka, tempat itu juga dipanggil “Lembah Yosafat.” (Yoel 3:2, 12, NW) Hari ini, “Lembah Penghakiman” melambangkan tempat simbolik bagi bangsa-bangsa yang akan dihancurkan seperti anggur di dalam alat pemeras anggur.​—Wahyu 19:15.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi