PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb18 Jun ms. 7
  • Rangkaian Sosial—Janganlah Dijeratnya

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rangkaian Sosial—Janganlah Dijeratnya
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Bahan yang Berkaitan
  • Siapakah Sahabat Anda dalam Rangkaian Sosial?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2022
  • Bagaimanakah Media Sosial Mempengaruhi Saya?
    Kaum Muda Bertanya
  • Media Sosial dan Anak Anda—Bahagian 1: Patutkah Anak Saya Menggunakan Media Sosial?
    Bantuan untuk Keluarga
  • Amaran Pegawai Kesihatan tentang Kesan Media Sosial terhadap Kaum Muda—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
mwb18 Jun ms. 7

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Rangkaian Sosial​—Janganlah Dijeratnya

Yesus enggan menukar batu menjadi roti

MENGAPA PENTING: Rangkaian sosial terdapat baik buruknya. Sesetengah orang Kristian memilih untuk tidak menggunakannya, manakala yang lain memanfaatkannya untuk berhubung dengan keluarga dan kawan. Namun, Si Iblis ingin kita menyalahgunakan rangkaian sosial supaya reputasi dan kerohanian kita akan terjejas. Seperti Yesus, kita dapat menggunakan Firman Tuhan untuk mengenal pasti jerat-jerat yang dipasang dan cara untuk menghindarinya.​—Lu 4:4, 8, 12.

JAUHI JERAT-JERAT BERIKUT:

  • Penggunaan yang tidak terkawal. Jika kita menghabiskan banyak masa untuk rangkaian atau media sosial, kita tiada masa untuk melakukan kegiatan rohani

    Prinsip Bible: Ef 5:15, 16; Flp 1:10

  • Melihat bahan yang memudaratkan. Gambar yang membangkitkan nafsu dapat menyebabkan seseorang terjebak dalam perbuatan yang tidak bermoral atau ketagih pornografi. Bahan-bahan atau laman web orang murtad juga dapat merosakkan iman kita

    Prinsip Bible: Mt 5:28; Flp 4:8

  • Memaparkan komen atau foto yang tidak sesuai. Hati kita sangat licik. Maka, kita mungkin cenderung memaparkan komen atau foto yang tidak sesuai dalam rangkaian sosial. Perbuatan sebegini dapat merosakkan reputasi atau menyebabkan orang tersandung

    Prinsip Bible: Rm 14:13; Ef 4:29

SILA LIHAT VIDEO GUNAKAN RANGKAIAN SOSIAL DENGAN BIJAK. KEMUDIAN, BINCANGKAN CARA UNTUK MENGELAKKAN SITUASI BERIKUT:

Menerusi rangkaian sosial, seorang pencuri dapat mengetahui seorang tuan rumah pergi bercuti
Apa yang kita paparkan di rangkaian sosial boleh dilihat oleh orang lain, termasuk orang yang bakal menjadi majikan kita
Rangkaian sosial boleh mendedahkan seseorang kepada kata-kata kesat
Seseorang yang menggunakan rangkaian sosial sehingga lewat malam berasa susah untuk bangun pagi
    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi