KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Apakah yang Dapat Anda Pelajari daripada Rakan Seiman yang Berpengalaman?
Dalam sidang kita, terdapat banyak saudara saudari yang telah menyembah Yehuwa selama bertahun-tahun dan tetap bergantung pada-Nya. Kita dapat belajar daripada teladan baik mereka. Kita boleh tanya mereka tentang sejarah organisasi Yehuwa dan bagaimana Yehuwa telah membantu mereka mengatasi cabaran. Kita juga boleh menjemput mereka untuk berkongsi pengalaman mereka semasa malam Penyembahan Keluarga.
Jika anda telah menyembah Yehuwa selama bertahun-tahun, janganlah segan untuk menceritakan pengalaman anda kepada mereka yang lebih muda. Yakub dan Yusuf pernah memberitahu anak cucu mereka tentang bagaimana Yehuwa membantu mereka. (Kej 48:21, 22; 50:24, 25) Yehuwa mahu ketua keluarga untuk mengajar anak-anak mereka tentang perbuatan-Nya yang menakjubkan. (Ul 4:9, 10; Mz 78:4-7) Dewasa ini, ibu bapa dan saudara saudari yang lebih tua juga boleh berbuat demikian. Mereka boleh memberitahu ahli sidang yang lebih muda tentang perkara-perkara menakjubkan yang telah dilakukan oleh Yehuwa menerusi organisasi-Nya.
SILA LIHAT VIDEO BERSATU PADU DI BAWAH LARANGAN. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Bagaimanakah pejabat cawangan Austria membantu saudara saudari kita yang tinggal di negara-negara yang melarang kerja kita?
Bagaimanakah saudara saudari itu mengekalkan iman yang kuat?
Mengapakah banyak penyiar di Romania meninggalkan organisasi Yehuwa? Bagaimanakah mereka kembali?
Bagaimanakah pengalaman-pengalaman dalam video ini menguatkan iman anda?
Ambillah iktibar daripada pengalaman rakan seiman yang lebih tua!