Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
© 2024 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
6-12 JANUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN MAZMUR 127-134
Permata Rohani
it-1-E 543
Tumbuhan dalam Bible
Semasa menyatakan satu janji kepada orang yang setia, pemazmur dalam Bible merujuk kepada ciri-ciri pokok zaitun. Dia berkata, “Anak-anakmu akan menjadi seperti tunas-tunas pokok zaitun di sekeliling mejamu.” (Mz 128:1-3) Biasanya, keratan pokok zaitun yang dewasa digunakan untuk membiaknya. Selain itu, pokok zaitun yang sudah tua dapat mengeluarkan tunas dari akar. Dengan terus menghasilkan tunas baharu, pokok tersebut seolah-olah kekal abadi. Seperti tunas-tunas itu, anak-anak juga berada di sekeliling bapa mereka dan menyumbang kepada kebahagiaan keluarga.
13-19 JANUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN MAZMUR 135-137
“Tuhan Kita Lebih Agung daripada Semua Tuhan yang Lain”
it-2-E 661 ¶4-5
Kuasa, Perbuatan yang Menyingkapkan Kuasa
Kuasa Tuhan atas alam semula jadi membuktikan kuasa-Nya yang luar biasa. Untuk membuktikan bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang benar, adalah munasabah untuk Dia menunjukkan bahawa Dia memang berkuasa atas alam semula jadi yang diciptakan-Nya. (Mz 135:5, 6) Matahari, bulan, planet, dan bintang-bintang sudah memiliki peredaran yang tetap. Atmosfera bumi (yang menghasilkan angin, hujan, dan sebagainya) juga mempunyai hukum-hukum yang tetap. Selain itu, migrasi burung, pergerakan belalang juta secara kelompok, dan naluri binatang yang lain merupakan sesuatu yang lazim. Maka, hal-hal sedemikian tidak cukup untuk menyucikan nama Yehuwa semasa dicela atau dicemari ibadat palsu.
Namun demikian, Tuhan Yehuwa dapat menggunakan kuasa-Nya atas alam semula jadi untuk membuktikan kedudukan-Nya sebagai Tuhan yang maha kuasa dan mengaitkannya dengan nama-Nya. Contohnya, Dia menggunakan kuasa alam untuk melaksanakan sesuatu yang luar biasa pada masa yang ditetapkan-Nya. Maka, walaupun kejadian itu merupakan sesuatu yang biasa (misalnya, kemarau, ribut, atau cuaca serupa), apa yang menjadikannya luar biasa ialah cara Yehuwa menggunakannya untuk memenuhi nubuat-Nya. (Bandingkan 1Ra 17:1; 18:1, 2, 41-45.) Tetapi dalam kebanyakan situasi, Yehuwa menggunakan kuasa alam untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Contohnya, bencana itu mungkin sangat dahsyat atau meliputi kawasan yang luas. (Kel 9:24) Ataupun kejadian itu ialah sesuatu yang tidak pernah berlaku, atau terjadi pada masa dan cara yang luar biasa.—Kel 34:10; 1Sa 12:16-18.
Permata Rohani
it-1-E 1248
Yah
“Yah,” iaitu singkatan bagi Yehuwa, biasa digunakan dalam pujian dan lagu yang menggugah emosi, doa dan rayuan, catatan yang mengungkapkan sukacita atas penyelamatan dan kemenangan yang diraih, atau sanjungan atas kuasa dan ketakjuban Yehuwa. Ungkapan “Pujilah Yah!” (Halleluyah) adalah untuk menyatakan pujian kepada Tuhan. Dalam buku Mazmur, ungkapan ini muncul buat kali pertama di Mazmur 104:35. Ungkapan ini mungkin muncul pada bahagian awal sesetengah mazmur (Mz 111, 112), di bahagian tengah mazmur (135:3), ada kalanya di bahagian hujung mazmur (Mz 104, 105, 115-117), tetapi seringkali ungkapan ini muncul di bahagian awal dan akhir mazmur (Mz 106, 113, 135, 146-150). Dalam buku Wahyu, makhluk di syurga berulang kali melaungkan pujian kepada Yehuwa dengan ungkapan ini.—Why 19:1-6.
20-26 JANUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN MAZMUR 138-139
Permata Rohani
it-1-E 862 ¶4
Pengampunan
Seorang Kristian harus mengampuni kesilapan orang lain terhadapnya, tidak kira berapa kali dia disakiti. (Lu 17:3, 4; Ef 4:32; Kol 3:13) Tuhan tidak akan mengampuni orang yang enggan mengampuni orang lain. (Mt 6:14, 15) Seseorang yang telah melakukan dosa serius dan disingkirkan dari sidang juga dapat diampuni jika dia benar-benar bertaubat. Sidang juga harus meyakinkannya bahawa dia diterima dan dikasihi. (1Ko 5:13; 2Ko 2:6-11) Tetapi, orang Kristian tidak wajib mengampuni orang yang melakukan dosa serius dengan sengaja dan enggan bertaubat. Orang sedemikian menjadikan diri mereka musuh Tuhan.—Ibr 10:26-31; Mz 139:21, 22.
27 JANUARI–2 FEBRUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN MAZMUR 140-143
Bertindak Selaras dengan Rayuan Anda
w10-E 3/15 32 ¶4
Kekalkan Hati yang Murni pada Masa Genting Ini
Umat Yehuwa mungkin dibebani cabaran hidup seperti tentangan, masalah ekonomi, dan penyakit yang serius. Hal-hal ini dapat melemahkan kita. Raja Daud sendiri juga pernah rasa sedemikian. Dia berkata, “Aku patah semangat; aku tidak bermaya.” (Mzm. 143:4) Tapi apakah yang membantunya bertabah? Daud merenungkan bantuan yang pernah Yehuwa hulurkan kepadanya dan cara Yehuwa memperlakukan umat-Nya yang lain. Daud merenungkan perbuatan Yehuwa untuk mempertahankan nama suci-Nya. Daud juga sering memikirkan segala yang Yehuwa lakukan. (Mzm. 143:5) Apabila kita menghadapi cabaran, kita juga dapat bertabah dengan merenungkan Pencipta kita dan segala yang telah Dia lakukan.
Permata Rohani
it-2-E 1151
Bisa
Penggunaan Kiasan. Dusta dan fitnah yang dikatakan oleh orang jahat dapat merosakkan nama baik orang lain. Kata-kata mereka itu disamakan dengan bisa ular yang dapat membunuh. (Mz 58:3, 4) Sepertimana kelenjar bisa ular terletak di belakang bibir dan gigi taring pada rahang atasnya, Bible menggambarkan orang yang suka memfitnah dengan kata-kata ini: “Racun ular berbisa ada di bibir mereka.” (Mz 140:3; Rm 3:13) Sekiranya seseorang mengucapkan fitnah, hinaan, ajaran palsu, atau kata-kata lain yang memudaratkan, lidahnya dikatakan “penuh dengan racun yang membawa maut.”—Yak 3:8.
3-9 FEBRUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN MAZMUR 144-146
Permata Rohani
it-1-E 111 ¶9
Binatang
Bible mengajar kita untuk berlaku adil dan menunjukkan belas kasihan kepada binatang. Selaku Pemberi yang penuh kasih, Yehuwa juga memelihara nyawa binatang dan menjaga mereka. (Ams 12:10; Mz 145:15, 16) Hukum Musa menyatakan cara umat Tuhan harus menjaga binatang ternakan dengan baik. Jika terdapat ternakan yang berkeliaran, mereka harus mengembalikannya kepada tuan binatang itu. Jika binatang itu terjatuh kerana muatan yang berat, mereka harus bantu mengalihkan muatan itu. (Kel 23:4, 5) Mereka tidak patut bertindak zalim terhadap ternakan. (Ul 22:10; 25:4) Manusia dan binatang ternakan mereka juga harus berehat pada hari Sabat. (Kel 20:10; 23:12; Ul 5:14) Binatang yang bahaya harus dikawal atau dibunuh. (Kej 9:5; Kel 21:28, 29) Mereka juga tidak diizinkan untuk kacukkan dua ekor binatang ternakan yang berlainan jenis.—Im 19:19.
17-23 FEBRUARI
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN AMSAL 1
Kaum Muda—Anda Akan Mendengar Siapa?
w05-E 2/15 19-20 ¶11-12
Melindungi Identiti Kristian Anda
11 Berusahalah untuk menyenangkan hati Tuhan dan bukannya manusia. Kita semua memerlukan kawan. Apabila kita diterima oleh orang lain, kita rasa gembira. Bukan itu saja, peranan kawan amat penting untuk membentuk jati diri kita. Terutamanya semasa zaman remaja, tekanan rakan sebaya sangat kuat. Ini dapat menimbulkan keinginan yang kuat untuk menjadi seperti orang lain atau menyenangkan hati mereka. Tetapi, kawan dan rakan sebaya tidak selalunya mementingkan kebaikan kita. Ada kalanya, mereka hanya inginkan teman untuk melakukan hal-hal yang salah. (Amsal 1:11-19) Apabila seorang Kristian menyerah kepada tekanan rakan sebaya yang negatif, dia mungkin hidup bermuka dua dan menyembunyikan identitinya sebagai penyembah Yehuwa. (Mazmur 26:4) Maka, Rasul Paulus memberikan amaran ini: “Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini.” (Roma 12:2, Terjemahan Baru) Yehuwa akan memberikan kekuatan yang kita perlukan agar dapat melawan tekanan yang negatif.—Ibrani 13:6.
12 Jika tekanan orang membuat anda rasa ingin berkompromi, ingatlah bahawa kesetiaan kepada Tuhan jauh lebih penting daripada pandangan orang. Keluaran 23:2 mengandungi prinsip yang baik ini: “Jangan terikut-ikut dengan orang ramai untuk berbuat jahat.” Semasa kebanyakan orang Israel meragui keupayaan Yehuwa untuk menunaikan janji-Nya, Kaleb enggan mengikut pandangan orang ramai. Sebaliknya, dia yakin sepenuhnya bahawa janji Tuhan memang dapat dipercayai. Hasilnya, dia diberkati kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi. (Bilangan 13:30; Yosua 14:6-11) Adakah anda juga sanggup melawan tekanan dunia demi melindungi hubungan anda dengan Tuhan?
Permata Rohani
it-1-E 846
Orang yang Bodoh
Dalam Bible, ungkapan “orang yang bodoh” tidak bermaksud orang yang tidak cerdik atau kurang keupayaan mental. Sebaliknya, ungkapan ini biasanya merujuk kepada seseorang yang menolak pengertian dan mahu mengikut haluan yang bercanggahan dengan prinsip Tuhan yang murni. Terdapat beberapa istilah bahasa Ibrani yang digunakan seperti kesilʹ (“orang yang bodoh”; Ams 1:22), ʼewilʹ (“orang bodoh”; Ams 12:15), na·valʹ (“orang bodoh”; Ams 17:7), dan lets (“orang yang angkuh”; Ams 13:1). Istilah Yunani aʹphron bermaksud “orang yang tidak munasabah” (Lu 12:20), a·noʹe·tos bererti ‘orang yang tidak berakal’ (Ga 3:1), dan mo·rosʹ pula merujuk kepada ‘orang bodoh’ (Mt 23:17; 25:2).