PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp22 No. 1 ms. 8-9
  • 2 | Jangan Membalas Dendam

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 2 | Jangan Membalas Dendam
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Ajaran Bible:
  • Maksudnya:
  • Apa yang Boleh Anda Lakukan:
  • Apakah yang Dikatakan Bible tentang Membalas Dendam?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Saya Dahulunya Panas Baran dan Ganas
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Kita Dapat Menghentikan Kebencian!
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Cara Memutuskan Kitaran Kebencian
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
wp22 No. 1 ms. 8-9
Dua orang lelaki yang marah duduk bertentangan satu sama lain di atas dahan pokok. Mereka menggergaji dahan yang sedang mereka duduk.

CARA MEMUTUSKAN KITARAN KEBENCIAN

2 | Jangan Membalas Dendam

Ajaran Bible:

“Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan terhadap sesiapa pun. . . . Selagi kamu dapat melakukannya, berusahalah sedaya upaya untuk berdamai dengan semua orang. . . . janganlah membalas dendam, . . . kerana ada tertulis, ‘Yehuwa berfirman, “Akulah yang akan menuntut pembalasan, dan Akulah yang akan membalas kejahatan.”’”​—ROMA 12:17-19.

Maksudnya:

Jika seseorang melayan kita dengan buruk, memang biasa untuk berasa marah. Namun, Tuhan tidak mahu kita membalas dendam. Sebaliknya, Dia mahu kita bersabar kerana Dia sudah berjanji untuk menegakkan keadilan tidak lama lagi.​—Mazmur 37:7, 10.

Apa yang Boleh Anda Lakukan:

Apabila manusia yang tidak sempurna cuba membalas dendam, hal itu hanya akan memarakkan api kebencian. Maka, jika seseorang menyinggung perasaan anda atau melayan anda dengan buruk, janganlah membalas dendam. Cubalah bertenang dan kawallah reaksi anda. Dalam sesetengah situasi, adalah lebih baik jika anda melupakan apa yang telah berlaku. (Amsal 19:11) Dalam situasi lain pula, adalah lebih baik jika anda melakukan sesuatu. Misalnya, jika anda menjadi mangsa jenayah, anda boleh melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa, contohnya pihak polis.

Membalas dendam hanya merugikan diri sendiri

Namun, bagaimana pula jika suatu masalah nampaknya tidak dapat diselesaikan dalam cara yang damai? Atau anda sudah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah itu, tetapi tidak berjaya? Dalam keadaan sebegini, janganlah membalas dendam, kerana perbuatan ini bagaikan menuang minyak ke dalam api. Sebaliknya, putuskanlah kitaran kebencian. Percayalah bahawa Tuhan mengetahui cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Bible menasihati kita, “Bergantunglah pada-Nya, dan Dia akan bertindak bagi pihakmu.”​—Mazmur 37:3-5.

Kisah Benar​—ADRIÁN

Tidak Lagi Membalas Dendam

Adrián.

Semasa remaja, Adrián ialah seorang samseng jalanan yang panas baran dan suka membalas dendam. Dia berkata, “Saya sering terlibat dalam kejadian tembak-menembak. Ada beberapa kali, saya terbaring di jalanan dalam keadaan berlumuran darah.”

Adrián mula mempelajari Bible semasa berumur 16 tahun. Dia berkata, “Seraya saya membuat kemajuan rohani, saya sedar bahawa saya perlu mengubah keperibadian saya.” Dia perlu membuang rasa benci dan berhenti menggunakan kekerasan. Dia sangat menyukai ayat di Roma 12:17-19 yang mengandungi nasihat untuk tidak membalas dendam. Dia berkata, “Saya belajar bahawa Yehuwa akan menegakkan keadilan mengikut cara dan masa-Nya. Secara beransur-ansur, saya mengubah gaya hidup saya yang ganas.”

Suatu malam, Adrián diserang oleh bekas geng musuh. Ketua geng itu teriak, “Lawanlah balik!” Adrián mengaku, “Masa itu, saya mempunyai keinginan yang kuat untuk lawan balik.” Namun, dia segera berdoa kepada Yehuwa lalu beredar.

Adrián berkata, “Pada keesokan hari, saya terserempak dengan ketua geng itu yang sedang bersendirian. Saya berasa panas hati dan ingin membalas dendam. Sekali lagi, saya merayu kepada Yehuwa untuk membantu saya mengawal diri. Saya terperanjat kerana ketua geng itu datang dan berkata, ‘Maafkan saya atas apa yang berlaku semalam. Sebenarnya, saya ingin menjadi seperti kamu. Saya ingin belajar Bible.’ Saya bersyukur kerana dapat mengawal kemarahan! Selepas itu, dia pun mula belajar Bible.”

Bacalah kisah hidup Adrián dalam Menara Pengawal No. 4 2016, muka surat 14-15.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi