PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp22 No. 1 ms. 12-13
  • 4 | Singkirkan Kebencian dengan Bantuan Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 4 | Singkirkan Kebencian dengan Bantuan Tuhan
  • Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Ajaran Bible:
  • Maksudnya:
  • Apa yang Boleh Anda Lakukan:
  • Cara Memutuskan Kitaran Kebencian
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Kita Dapat Menghentikan Kebencian!
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Mengapakah Kitaran Kebencian Wujud?
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
  • Kebencian Akan Dilenyapkan buat Selama-Lamanya!
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2022
wp22 No. 1 ms. 12-13
Orang ramai berjalan ke arah sebuah Bible yang terbuka. Bible itu menyinari mereka, dan bayang-bayang mereka menggambarkan rasa benci mereka dahulu.

CARA MEMUTUSKAN KITARAN KEBENCIAN

4 | Singkirkan Kebencian Dengan Bantuan Tuhan

Ajaran Bible:

“Buah kuasa suci Tuhan ialah kasih, sukacita, kedamaian, kesabaran, kebaikan hati, kebaikan, iman, kelemahlembutan, dan kawalan diri.”​—GALATIA 5:22, 23.

Maksudnya:

Untuk memutuskan kitaran kebencian, kita memerlukan sifat-sifat yang disebut di atas. Kita tidak dapat memupuk sifat-sifat sedemikian dengan kekuatan kita sendiri, tetapi kuasa suci Tuhan dapat membantu kita. Jadi, daripada bergantung pada diri sendiri, kita mahu bergantung pada Tuhan. Setelah merasai bagaimana Tuhan telah membantunya, Paulus menulis, “Melalui Dia yang memberikan kuasa kepadaku, aku berdaya menghadapi segala keadaan.” (Filipi 4:13) Apabila kita merasai bantuan Tuhan, kita juga dapat berkata, “Pertolonganku datang daripada Yehuwa.”​—Mazmur 121:2.

Apa yang Boleh Anda Lakukan:

“Yehuwa telah mengubah saya daripada seorang yang ganas kepada seorang yang mencintai kedamaian.”​—WALDO

Berdoalah kepada Yehuwa untuk meminta kuasa suci-Nya. (Lukas 11:13) Mintalah bantuan Tuhan untuk menunjukkan sifat-sifat baik dalam kehidupan anda. Kajilah apa yang diajarkan Bible tentang sifat-sifat yang dapat menyingkirkan kebencian, contohnya kasih, kedamaian, kesabaran, dan kawalan diri. Carilah jalan untuk memupuk sifat-sifat ini dalam kehidupan anda. Selain itu, bergaullah dengan mereka yang sedang berusaha untuk memupuk sifat-sifat baik. Dengan demikian, anda akan mendapat “dorongan untuk memperlihatkan kasih dan melakukan perbuatan yang baik.”​—Ibrani 10:24.

Kisah Benar​—WALDO

Berjaya Menyingkirkan Keganasan dan Kebencian

Waldo.

Waldo sering dipukul semasa kecil. Akibatnya, hatinya dipenuhi rasa benci. Dia berkata, “Saya selalu berlawan di jalanan dengan pengedar dadah . . . Pernah sekali, geng musuh mengupah seorang pembunuh yang terkenal untuk membunuh saya. Dia telah menikam saya tetapi saya dapat melarikan diri.”

Semasa isterinya mula belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa, Waldo tidak gembira. Dia berkata, “Saya membenci para Saksi. Banyak kali, saya memaki hamun mereka, tetapi mereka selalu menjawab dengan tenang.”

Pada kemudian hari, Waldo juga mula belajar Bible. Dia berkata, “Memang tidak mudah untuk ikut apa yang saya pelajari. Saya ini panas baran. Jadi, tidak mungkin saya dapat mengawal kemarahan saya.” Namun, pandangannya berubah setelah dia mempelajari sesuatu daripada Bible.

Dia berkata, “Pada suatu hari, Alejandro, iaitu guru Bible saya, menyuruh saya membaca Galatia 5:22, 23. . . . Alejandro menjelaskan bahawa untuk memupuk sifat-sifat itu, saya seharusnya bergantung pada kuasa suci Tuhan, dan bukannya pada kekuatan saya sendiri. Kebenaran itu telah mengubah pandangan saya!”

Dengan bergantung pada bantuan Tuhan, Waldo berjaya menyingkirkan kebencian daripada kehidupannya. Dia berkata, “Saudara-mara dan kawan-kawan lama saya tidak percaya bahawa saya telah membuat perubahan yang begitu besar.” Dia menambah, “Yehuwa telah mengubah saya daripada seorang yang ganas kepada seorang yang mencintai kedamaian.”

Bacalah kisah hidup Waldo dalam Menara Pengawal bahasa Indonesia, terbitan 1 Oktober 2013, muka surat 12-13.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi