FRASA BIBLE
Adakah Anda Memiliki Iman?
Untuk menyenangkan hati Yehuwa, kita mesti memiliki iman. Namun, Bible menyatakan bahawa “iman bukanlah milik semua orang.” (2 Tes. 3:2) Semasa menulis kata-kata ini, Rasul Paulus menyebut tentang para penentangnya “yang keji dan jahat.” Namun kata-kata Paulus juga merangkumi orang yang tidak mahu mengaku bahawa Pencipta wujud. (Rm. 1:20) Ada orang pula kata mereka percaya Tuhan wujud. Tetapi sekadar mempercayai kewujudan Tuhan juga bukanlah iman sejati.
Kita perlu yakin bahawa Yehuwa wujud dan akan memberikan ganjaran kepada mereka yang benar-benar beriman. (Ibr. 11:6) Iman ialah sebahagian daripada buah kuasa suci Tuhan. Maka untuk menerima kuasa suci Tuhan, kita perlu berdoa kepada Yehuwa untuk memintanya. (Luk. 11:9, 10, 13) Kita juga perlu membaca Firman Tuhan. Kemudian, kita perlu memikirkan apa yang dibaca dan berusaha untuk menerapkannya. Dengan itu, kuasa suci Yehuwa dapat membimbing jalan hidup kita dan membantu kita memiliki iman yang sejati.