PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwyp rencana 40
  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengatasi Perasaan Khuatir?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengatasi Perasaan Khuatir?
  • Kaum Muda Bertanya
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah yang membuat kamu berasa khuatir?
  • Adakah perasaan khuatir selalunya memudaratkan?
  • Apa yang dapat kamu lakukan
  • Lemparkanlah Segala Kekhuatiran kepada Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Kekhuatiran Kaum Lelaki—Bagaimana Bible Dapat Membantu
    Topik-Topik Lain
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Cara Menangani Kekhuatiran
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Lihat Selanjutnya
Kaum Muda Bertanya
ijwyp rencana 40
Seorang remaja berasa khuatir semasa di sekolah

KAUM MUDA BERTANYA

Bagaimanakah Saya Dapat Mengatasi Perasaan Khuatir?

  • Apakah yang membuat kamu berasa khuatir?

  • Adakah perasaan khuatir selalunya memudaratkan?

  • Apa yang dapat kamu lakukan

  • Pandangan remaja lain

Apakah yang membuat kamu berasa khuatir?

Adakah pernyataan di bawah menggambarkan perasaan yang kadangkala kamu alami?

“Saya selalu fikir, ‘Macam mana kalau . . . ?’ ‘Macam mana kalau kami kemalangan?’ ‘Macam mana kalau kapal terbang kami terhempas?’ Semua ini buat saya risau, tapi orang lain mungkin tidak rasa begitu khuatir.”​—Charles.

“Saya selalu khuatir. Saya rasa seperti ‘hamster’ yang berlari di dalam roda, tak pergi ke mana-mana. Saya rasa sangat penat tapi saya tidak dapat capai apa-apa!”​—Anna.

“Semasa orang kata, ‘Bagusnya kamu masih bersekolah,’ saya kata kepada diri, ‘Mereka tidak faham betapa stresnya di sekolah!’”​—Daniel.

“Saya selalu berasa tertekan. Saya selalu risau apa yang akan berlaku atau apa yang perlu saya lakukan.”​—Laura.

Faktanya: Menurut Bible, kita hidup pada “masa genting yang sukar dihadapi.” (2 Timotius 3:1) Oleh itu, tidak kira tua atau muda, kita semua akan berasa khuatir.

Adakah perasaan khuatir selalunya memudaratkan?

Jawapannya, tidak. Sebenarnya, Bible mengatakan bahawa adalah tidak salah untuk rasa khuatir kerana ingin menyenangkan hati orang yang dikasihi.​—1 Korintus 7:​32-34; 2 Korintus 11:28.

Selain itu, perasaan khuatir juga boleh jadi sumber dorongan. Contohnya, katakan kamu akan ada ujian pada minggu depan. Sebab kamu khuatir, kamu akan berusaha mengulang kaji pada minggu ini. Hasilnya, kamu mungkin dapat keputusan yang baik!

Perasaan khuatir juga dapat membantu kamu elak bahaya. “Kamu mungkin rasa risau kerana kamu telah melakukan hal yang salah. Maka, kamu akan buat perubahan agar hati nurani kamu tidak terganggu,” kata seorang remaja yang bernama Serena.​—Bandingkan Yakobus 5:14.

Faktanya: Jika perasaan khuatir mendorong kamu untuk melakukan hal yang betul, ini ialah sesuatu yang baik.

Namun bagaimanakah jika perasaan khuatir buat kamu rasa terperangkap?

Seorang lelaki membantu seorang remaja mencari jalan keluar

Kekhuatiran mungkin buat kamu rasa terperangkap, tetapi orang yang melihat situasi kamu dapat membantu kamu mencari jalan keluar

Contoh: “Bila ada situasi yang stres, saya akan fikir tentang apa yang mungkin berlaku. Hati saya mula berdebar-debar kerana asyik bayangkan situasi itu. Semua ini buat saya sangat gelisah,” kata Richard yang berumur 19 tahun.

Bible mengatakan bahawa “hati yang tenang menyihatkan badan.” (Amsal 14:30) Sebaliknya, kerisauan boleh mempengaruhi kesihatan kita dan menyebabkan sakit kepala, rasa pening, sakit perut, dan degupan jantung yang laju.

Apakah yang dapat kamu lakukan jika rasa khuatir memberikan kesan yang buruk dan bukannya membantu kamu?

Apa yang dapat kamu lakukan

  • Fikir sama ada perasaan khuatir kamu itu wajar atau tidak. “Kamu mungkin risau kerana tanggungjawab kamu. Namun, kalau kamu terlalu khuatir, itu bukan sesuatu yang bagus. Saya pernah dengar orang kata kerisauan adalah seperti kerusi goyang. Walaupun kerusi itu bergerak, kamu tidak akan ke mana-mana.”​—Katherine.

    Bible berkata: “Siapakah antara kamu yang dapat memanjangkan hayat walaupun sedikit dengan berasa khuatir?”​—Matius 6:27.

    Maksudnya: Ada kalanya, rasa khuatir membantu kita mencari jalan penyelesaian. Tetapi jika tidak, rasa khuatir itu hanya akan menambah kepada masalah kamu atau menjadi masalah kamu.

  • Jangan terlalu khuatir tentang kemudian hari. “Fikirlah. Adakah perkara yang kamu risaukan sekarang masih penting pada keesokan hari? dalam masa sebulan? setahun? lima tahun?”​—Anthony.

    Bible berkata: “Janganlah khuatir tentang hari esok, kerana hari esok mempunyai kekhuatirannya sendiri. Cukuplah masalah untuk hari ini.”​—Matius 6:34.

    Maksudnya: Memang tidak bijak untuk khuatir tentang hari esok kerana perkara yang kita risaukan tidak semestinya berlaku.

  • Belajar untuk menerima situasi yang tidak dapat kamu ubah. “Kamu boleh mempersiapkan diri untuk situasi yang mungkin timbul, namun kamu juga perlu menerima hakikat bahawa sesetengah situasi adalah di luar kawalan kamu.”​—Robert.

    Bible berkata: “Orang yang cepat tidak semestinya menjadi juara, . . . orang yang berpengetahuan tidak semestinya berjaya, kerana waktu dan kejadian yang tidak terduga menimpa semua orang.”​—Pengkhutbah 9:11.

    Maksudnya: Kadangkala, kamu tidak dapat mengubah situasi tetapi kamu boleh mengubah pandangan kamu terhadap situasi itu.

  • Lihat situasi kamu secara menyeluruh. “Saya sedar bahawa saya harus bertumpu kepada gambar keseluruhan bukan hanya pada hal-hal kecil. Saya harus tentukan perkara mana yang lebih penting lalu menumpukan usaha saya untuk perkara itu.”​—Alexis.

    Bible berkata: ‘Kenal pasti perkara-perkara yang lebih penting.’​—Filipi 1:​10.

    Maksudnya: Jika kamu mempunyai pandangan yang wajar tentang situasi kamu, kemungkinan besar kamu tidak akan dibanjiri dengan perasaan khuatir.

  • Beritahulah perasaan kamu kepada seseorang. “Masa saya berumur 11 tahun, saya selalu rasa risau dan takut bila fikir mahu pergi sekolah. Tapi, ibu bapa saya mendengar bila saya beritahu mereka perasaan saya. Saya syukur kerana ada mereka. Saya boleh percaya kepada mereka dan meluahkan isi hati dengan bebas. Ini bantu saya hadapi hari yang seterusnya.”​—Marilyn.

    Bible berkata: “Kekhuatiran menyebabkan orang tertekan, tetapi kata-kata yang membina dapat menghiburkan hati.”​—Amsal 12:25.

    Maksudnya: Ibu bapa atau kawan kamu dapat memberikan cadangan untuk mengurangkan kerisauan kamu.

  • Berdoa. “Apabila saya mengucapkan doa, saya dapat dengar suara sendiri dan itu bantu saya. Saya dapat beritahu kekhuatiran saya dan tidak hanya memendamkannya. Berdoa juga bantu saya sedar bahawa Yehuwa lebih berkuasa daripada kekhuatiran saya.”​—Laura.

    Bible berkata: “Lemparkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.”​—1 Petrus 5:7.

    Maksudnya: Doa bukan sekadar cara untuk melegakan hati dan fikiran. Semasa berdoa, kita sedang bercakap kepada Tuhan yang telah berjanji, “Janganlah risau kerana Akulah Tuhanmu. Aku akan meneguhkanmu, dan Aku akan membantumu.”​—Yesaya 41:10.

Jika Perasaan Khuatir Tidak Terkawal

Sesetengah kaum muda mempunyai perasaan khuatir yang tidak terkawal. Contohnya seorang remaja yang bernama Jenna berkata, “Disebabkan kekhuatiran, saya selalu sakit kepala. Saya tidak boleh fokus. Saya akan tidur atau tidak tidur selama beberapa hari. Saya tidak dapat makan atau makan terlalu banyak. Saya selalu khuatir. Masalah yang kecil pun nampak sebesar gunung.”

Apabila perasaan khuatir menjadi tidak terkawal atau berlanjutan, adalah baik bagi kamu untuk mendapatkan rawatan. Itulah yang dilakukan oleh Jenna. Dia berkata, “Selepas menerima rawatan, saya dapat menangani perkara dengan lebih baik dan saya juga dapat mengawal kerisauan saya.”

PANDANGAN REMAJA LAIN

Carissa

“Semasa saya berasa khuatir, saya akan curahkan isi hati kepada Yehuwa melalui doa. Saya dapat tidur dengan nyenyak kerana saya menyerahkan kehidupan dan kekhuatiran saya kepada Yehuwa. Dialah tempat naungan yang terbaik.”​—Carissa.

Samantha

“Saya selalu berkata kepada diri, ‘Mengapa risau tentang hal yang berada di luar kawalan saya? Saya akan fikir tentang kata-kata Yesus di Matius 6:27. Ini bantu saya untuk bersandar pada Yehuwa dan mendengar nasihat-Nya.”​—Samantha.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi