PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwwd rencana 36
  • Bunyi Panggilan Katak Pokok Jepun

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bunyi Panggilan Katak Pokok Jepun
  • Siapakah Perekanya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Hadiah Istimewa untuk Jepun
    Menara Pengawal—2015
  • Tiga Tulah yang Pertama
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Siapakah Perekanya?
ijwwd rencana 36
Seekor katak pokok Jepun mengembangkan kantung vokalnya.

© Kim, Hyun-tae/iNaturalist. Licensed under CC-BY-4.0

SIAPAKAH PEREKANYA?

Bunyi Panggilan Katak Pokok Jepun

Katak pokok Jepun jantan menghasilkan bunyi yang berulang-ulang dan kedengaran rambang. Sebenarnya, walaupun dalam kumpulan yang besar, setiap katak jantan masih dapat dikenal pasti. Bagaimana? Para penyelidik di Jepun telah mendapati bahawa katak jantan dalam kawasan yang sama sebenarnya menghasilkan bunyi yang sangat teratur untuk memanggil katak betina.

Fikirkan: Katak pokok Jepun jantan menghasilkan bunyi untuk menarik perhatian katak betina. Mula-mula, bunyi dihasilkan di pita suara katak jantan. Bunyi itu akan bergema dan bertambah kuat di kantung vokal, iaitu kantung di kerongkong katak yang dapat mengembang.

Bagaimanakah panggilan seekor katak jantan dapat dibezakan daripada katak jantan yang lain? Para penyelidik mendapati bahawa katak pokok Jepun menghasilkan bunyi panggilan secara bergilir-gilir, dan bukannya secara rambang. Teknik yang efisien ini menjimatkan tenaga dan mengelakkan semua katak daripada menguak pada masa yang sama. Hasilnya, bunyi panggilan setiap katak jantan kedengaran jelas. Dengan menyelaraskan masa setiap panggilan, katak jantan juga dapat berhenti seketika semasa katak jantan lain menguak.

Kebolehan katak pokok Jepun yang istimewa ini telah menyumbang kepada kemajuan bidang komunikasi tanpa wayar. Dengan menggunakan cara pengiraan yang canggih, para penyelidik berusaha untuk memperbaiki masa penghantaran data agar tidak mengganggu penghantaran paket-paket data yang lain. Hasilnya, sistem penghantaran data akan menjadi lebih efektif dan dapat mengurangkan penggunaan tenaga.

Apakah pandangan anda? Adakah kebolehan katak pokok Jepun untuk menyelaraskan masa setiap panggilannya wujud secara evolusi, atau wujud kerana adanya Pencipta?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi