PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 19 ms. 50-ms. 51 per. 2
  • Tiga Tulah yang Pertama

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tiga Tulah yang Pertama
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Musa dan Harun menemui Firaun
    Buku Cerita Bible Saya
  • Enam Tulah yang Seterusnya
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Musa Memilih untuk Menyembah Yehuwa
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Sepuluh Tulah
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 19 ms. 50-ms. 51 per. 2
Musa dan Harun berdiri di hadapan Firaun

CERITA 19

Tiga Tulah yang Pertama

Orang Israel dipaksa bekerja sebagai hamba. Kemudian, Yehuwa menyuruh Musa dan Harun untuk berkata kepada Firaun, “Bebaskanlah umat-Ku supaya mereka dapat menyembah Aku di padang gurun.” Firaun dengan sombong menjawab, “Beta tidak peduli apa yang Yehuwa katakan. Beta juga tidak akan melepaskan orang Israel.” Kemudian, Firaun memaksa orang Israel untuk bekerja dengan lebih keras. Jadi, Yehuwa menghukumnya. Tahukah adik apa yang dilakukan oleh Yehuwa? Yehuwa mendatangkan Sepuluh Tulah terhadap Mesir. Yehuwa memberitahu Musa, “Firaun tidak mahu mendengar cakap-Ku. Pagi esok, dia akan pergi ke Sungai Nil. Jadi beritahulah dia bahawa Sungai Nil akan menjadi darah kerana dia tidak mahu membebaskan umat-Ku.” Musa pun melakukan apa yang disuruh Yehuwa. Apabila Harun memukul Sungai Nil dengan tongkatnya, sungai itu menjadi darah. Ikan-ikan mati, dan sungai itu mula berbau busuk. Air sungai tidak boleh diminum lagi. Firaun nampak semua itu berlaku, tetapi dia masih tidak mahu membebaskan orang Israel.

Tujuh hari kemudian, Yehuwa menyuruh Musa memberitahu Firaun, “Jika kamu tidak mahu bebaskan umat-Ku, Mesir akan dipenuhi katak.” Firaun tetap berdegil. Jadi, Harun mengangkat tongkatnya dan seluruh Mesir dipenuhi katak. Di dalam rumah, di atas katil, malah di dalam mangkuk pun ada katak. Jadi Firaun merayu kepada Musa supaya Yehuwa menghentikan tulah itu dan dia berjanji untuk membebaskan orang Israel. Maka, Yehuwa menghentikan tulah itu. Orang Mesir mengumpulkan bangkai katak sehingga bertimbun-timbun banyaknya. Seluruh Mesir mula berbau busuk. Tetapi Firaun masih tidak membebaskan orang Israel.

Selepas itu, Yehuwa memberitahu Musa, “Harun harus memukul tanah dengan tongkatnya, dan debu akan berubah menjadi agas.” Tiba-tiba, agas, iaitu serangga kecil yang pandai menggigit, terdapat di merata tempat. Sesetengah hamba Firaun berkata, “Tulah ini datang daripada Tuhan.” Tetapi Firaun masih tidak mahu membebaskan orang Israel.

Tiga tulah pertama yang melanda Mesir: Sungai Nil menjadi darah, katak, dan agas

“Aku akan mengajar mereka tentang kuasa dan kekuatan-Ku, dan mereka akan tahu bahawa nama-Ku ialah Yehuwa.”​—Yeremia 16:21

Soalan: Apakah tiga tulah yang pertama? Mengapakah Yehuwa mendatangkan tulah-tulah itu?

Keluaran 5:1-18; 7:8–8:19; Nehemia 9:9, 10

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi