PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g16 No. 6 ms. 3
  • Penyakit—Cara untuk Mencegahnya

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Penyakit—Cara untuk Mencegahnya
  • Sedarlah!—2016
  • Bahan yang Berkaitan
  • Lindungi Diri Anda daripada Penyakit
    Sedarlah!—2016
Sedarlah!—2016
g16 No. 6 ms. 3

TOPIK UTAMA

Penyakit Cara untuk Mencegahnya

Setiap hari, tubuh kita perlu melawan “musuh” yang tidak kelihatan tetapi yang dapat membuat kita jatuh sakit dan bahkan mati. “Musuh” itu termasuk bakteria, kuman, virus, dan parasit.a Namun, kita mungkin tidak menyedari pertempuran itu kerana sistem pertahanan tubuh kita menghalang atau menghapuskan kebanyakan “musuh” itu sebelum gejala penyakit muncul. Tetapi ada kalanya “musuh” itu berjaya menembusi pertahanan tubuh kita. Jadi, kita perlu menggunakan ubat dan rawatan lain untuk menguatkan pertahanan tubuh kita.

Pelbagai penyebab penyakit, seperti orang yang mengadakan perjalanan, mikroorganisma, kemiskinan, dan makanan yang tidak disediakan dengan baik

Selama ribuan tahun, manusia tidak menyedari betapa berbahayanya mikroorganisma. Namun, pada abad ke-19, para ahli sains telah memahami kaitan antara kuman dengan penyakit. Sejak itu, manusia lebih memahami cara untuk melindungi diri daripada penyakit. Para penyelidik perubatan telah berjaya melenyapkan atau mengurangkan sesetengah penyakit berjangkit seperti cacar dan polio. Namun, baru-baru ini, penyakit lain seperti demam kuning dan demam denggi, kembali menyerang manusia. Mengapa? Perhatikan faktor-faktor berikut:

  • Setiap tahun, jutaan orang mengadakan perjalanan di serata dunia, dan mereka sering menjadi pembawa kuman. Menurut sebuah rencana dalam Clinical Infectious Diseases, hampir semua penyakit berjangkit dapat disebarkan oleh orang yang pergi dari satu negara ke negara lain.

  • Sesetengah bakteria tidak lagi dapat dilawan dengan antibiotik. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, jika terdapat semakin banyak bakteria yang tidak dapat dilawan dengan antibiotik, lama-kelamaan penyakit biasa pun dapat membunuh.

  • Pergolakan dan kemiskinan sering menyukarkan pihak kerajaan untuk mengawal penularan penyakit.

  • Ramai orang tidak mengetahui cara untuk mencegah penyakit.

Meskipun begitu, kita masih dapat melindungi diri kita dan keluarga kita. Rencana-rencana berikutnya akan menunjukkan beberapa langkah yang mudah dan berkesan, yang dapat diambil biarpun kita mungkin tinggal di negara yang sedang membangun.

a Kebanyakan mikroorganisma tidak menyebabkan penyakit. Siri rencana ini berfokus kepada mikroorganisma dan hal lain yang dapat menyebabkan penyakit.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi