PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g18 No. 2 ms. 4
  • 1 Komitmen

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 1 Komitmen
  • Sedarlah!—2018
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MAKSUDNYA
  • MENGAPA PENTING
  • LANGKAH-LANGKAH
  • Cara Menghindari Perceraian semasa Sudah Tua
    Bantuan untuk Keluarga
  • “Perkahwinan Harus Dihormati”
    Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan
  • 3 Hormat
    Sedarlah!—2018
  • Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Perkahwinan Anda?
    Sedarlah!—2021
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2018
g18 No. 2 ms. 4
Sauh membantu kapal tetap teguh semasa ribut

Komitmen bagaikan sauh yang menstabilkan perkahwinan anda ketika ribut melanda

SUAMI ISTERI

1 Komitmen

MAKSUDNYA

Suami isteri yang memiliki komitmen akan menganggap perkahwinan sebagai ikatan yang kekal. Sikap sebegitu membuat kedua-dua pihak berasa selamat kerana mereka yakin bahawa pasangan mereka akan tetap setia, bahkan semasa kesusahan melanda.

Sesetengah pasangan tetap bersama kerana tekanan daripada keluarga atau masyarakat. Namun, komitmen yang berdasarkan kasih dan hormat jauh lebih baik.

PRINSIP BIBLE: ‘Seorang suami tidak patut meninggalkan isterinya.’​—1 Korintus 7:11.

“Jika kamu ada komitmen dalam perkahwinan, kamu tidak akan cepat tersinggung. Kamu akan cepat memaafkan dan cepat meminta maaf. Kamu akan pandang masalah sebagai halangan, bukan penamat perkahwinan.”​—Micah.

MENGAPA PENTING

Semasa masalah timbul, pasangan yang tiada komitmen akan berfikir, “Kami tidak serasi,” dan akan mula cari jalan untuk mengakhiri perkahwinan mereka.

“Ramai orang yang melangkah ke alam perkahwinan berfikir bahawa mereka boleh bercerai jika perkahwinan mereka tidak berjaya. Fikiran sebegini menunjukkan bahawa mereka kurang komitmen dari awal lagi.”​—Jean.

LANGKAH-LANGKAH

UJILAH DIRI

Semasa tengah bertengkar . . .

  • Adakah anda menyesal kerana berkahwin dengan pasangan anda?

  • Adakah anda berangan-angan hendak hidup bersama orang lain?

  • Adakah anda mengucapkan kata-kata seperti, “Saya akan tinggalkanmu” atau “Saya akan cari orang lain yang hargai saya”?

Jika anda menjawab “ya” kepada mana-mana soalan tadi, sekaranglah masanya untuk menguatkan komitmen anda.

BINCANGLAH DENGAN PASANGAN ANDA

  • Adakah komitmen dalam perkahwinan kita berkurang? Jika ya, mengapa?

  • Apakah yang dapat kita lakukan sekarang untuk menguatkan komitmen kita?

TIP

  • Dari masa ke masa, tuliskan nota cinta kepada pasangan anda

  • Tunjukkan komitmen anda: Paparkan gambar pasangan anda di meja tempat kerja

  • Semasa di tempat kerja atau berjauhan, hubungilah pasangan anda setiap hari

PRINSIP BIBLE: “Mereka yang telah disatukan oleh Tuhan tidak boleh dipisahkan oleh manusia.”​—Matius 19:6.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi