PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g19 No. 1 ms. 12-15
  • Kerajaan Tuhan Membawa “Kedamaian yang Melimpah”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kerajaan Tuhan Membawa “Kedamaian yang Melimpah”
  • Sedarlah!—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • BILAKAH KERAJAAN TUHAN AKAN DATANG?
  • BAGAIMANAKAH KERAJAAN TUHAN AKAN BERTINDAK?
  • BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MENIKMATI BERKATNYA?
  • Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2020
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Apakah Itu Kerajaan Tuhan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Harapan
    Sedarlah!—2018
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2019
g19 No. 1 ms. 12-15
Orang menikmati kehidupan di Firdaus

BAGAIMANA MASALAH ITU AKAN DILENYAPKAN

Kerajaan Tuhan Membawa “Kedamaian yang Melimpah”

Tidak lama lagi, Kerajaan Tuhan akan mendatangkan keamanan dan keharmonian sejagat. Pada masa itu, manusia akan “menikmati kedamaian yang melimpah,” seperti yang dijanjikan di Mazmur 72:7. Bilakah Kerajaan Tuhan akan mula memerintah bumi? Bagaimanakah Kerajaan Tuhan akan bertindak? Bagaimanakah anda dapat menikmati berkat yang dijanjikan?

BILAKAH KERAJAAN TUHAN AKAN DATANG?

Bible menyatakan bahawa sejurus sebelum Kerajaan Tuhan datang, bumi akan dilanda peristiwa-peristiwa besar seperti peperangan, kebuluran, dan wabak. Selain itu, gempa bumi akan sering berlaku dan kejahatan akan semakin bertambah. Semua peristiwa itu merupakan “tanda” bahawa Kerajaan Tuhan akan memerintah tidak lama lagi.​—Matius 24:3, 7, 12; Lukas 21:11; Wahyu 6:2-8.

Bible juga menyatakan, “Pada hari-hari terakhir, akan tiba masa genting yang sukar dihadapi. Manusia akan mencintai diri sendiri, mencintai wang, . . . tidak mematuhi ibu bapa, tidak tahu berterima kasih, tidak setia, tidak memiliki kasih sayang, tidak mahu dibawa berbincang, suka memfitnah, tidak tahu mengawal diri, garang, dan tidak mencintai kebaikan. Mereka juga . . . sombong, dan mencintai kesenangan tetapi tidak mencintai Tuhan.” (2 Timotius 3:1-4) Sifat-sifat ini memang ada pada sesetengah orang sejak zaman lampau. Namun sekarang, kebanyakan orang memiliki sifat-sifat sebegini.

Hal-hal yang dinyatakan Bible itu mula terjadi pada tahun 1914. Ramai sejarawan, negarawan, dan penulis telah mengulas tentang perubahan dunia selepas tahun itu. Contohnya, Peter Munch, sejarawan dari Denmark, menulis, “Perang yang tercetus pada tahun 1914 ialah detik perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Sebelum itu, kita nampaknya semakin maju, . . . tetapi kita kemudiannya melangkah ke zaman yang penuh dengan bencana, ketakutan, kebencian, dan ancaman.”

Sebenarnya, peristiwa-peristiwa yang menakutkan itu merupakan tanda bahawa sesuatu yang baik bakal berlaku: Kerajaan Tuhan akan memerintah seluruh bumi tidak lama lagi. Semasa menyebut tentang tanda penghujung dunia, Yesus juga berkata, “Berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi sebagai kesaksian kepada semua bangsa. Kemudian, barulah akhir akan datang.”​—Matius 24:14.

Saksi-Saksi Yehuwa berusaha mengkhabarkan berita baik itu. Sebenarnya, bahan bacaan utama mereka bertajuk Menara Pengawal​—Mengumumkan Kerajaan Yehuwa. Majalah itu sering membincangkan perkara-perkara baik yang akan dilakukan oleh Kerajaan Tuhan demi bumi dan manusia.

BAGAIMANAKAH KERAJAAN TUHAN AKAN BERTINDAK?

Terdapat empat fakta yang penting:

  1. Kerajaan Tuhan tidak akan diwakili oleh pemimpin politik dunia ini.

  2. Pemimpin politik dunia enggan melepaskan kuasa mereka dan akan menentang Kerajaan Tuhan.​—Mazmur 2:2-9.

  3. Kerajaan Tuhan perlu menghancurkan kerajaan-kerajaan dunia yang ingin terus menguasai manusia. (Daniel 2:44; Wahyu 19:17-21) Perang terakhir yang akan tercetus itu dipanggil Armagedon.​—Wahyu 16:14, 16.

  4. Semua orang yang taat kepada Kerajaan Tuhan akan diselamatkan semasa Armagedon. Bible menyatakan bahawa satu “kumpulan besar manusia,” yang jumlahnya mungkin mencecah jutaan orang, akan memasuki dunia baharu yang damai.​—Wahyu 7:9, 10, 13, 14.

    APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN OLEH KERAJAAN TUHAN?

    Semasa Yesus berada di bumi, dia menunjukkan beberapa perkara yang akan dilakukannya sebagai Raja Kerajaan Tuhan. Contohnya, dia menyembuhkan orang yang sakit dan kurang upaya. (Matius 4:23) Dia menyediakan makanan untuk ribuan orang. (Markus 6:35-44) Dia bahkan dapat mengawal cuaca.​—Markus 4:37-41.

    Yesus mengajar orang yang berkumpul di sekelilingnya

    Yesus juga mengajar orang cara untuk hidup damai dan harmoni. Apabila orang yang rendah hati mengikut ajarannya, mereka dapat memupuk sifat-sifat yang akan membantu mereka hidup bahagia di bawah pemerintahan Kerajaan Yesus buat selama-lamanya. Tiada guru lain yang dapat melakukan hal sebegini. Cubalah membaca ajaran-ajaran Yesus dalam Ceramah Di Atas Gunung, yang terdapat di Matius bab 5-7. Kata-kata Yesus mudah sahaja, tetapi mesejnya cukup bermakna dan menyentuh hati.

BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MENIKMATI BERKATNYA?

Langkah pertama untuk menjadi rakyat Kerajaan Tuhan adalah melalui pendidikan. Yesus berdoa, “Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Engkau utus, maka mereka mendapat kehidupan kekal.”​—Yohanes 17:3.

Orang yang mengenali Tuhan Yehuwa dan menjadi sahabat-Nya akan meraih banyak manfaat. Fikirkan dua manfaat: Pertama, mereka memiliki iman yang kukuh kepada Tuhan setelah mengkaji bukti-bukti yang ada. Iman itu akan meyakinkan mereka bahawa Kerajaan Tuhan memang wujud dan akan memerintah tidak lama lagi. (Ibrani 11:1) Kedua, mereka semakin mengasihi Tuhan dan orang lain. Kasih kepada Tuhan mendorong mereka untuk mentaati-Nya dengan rela hati. Kasih kepada orang lain pula menggerakkan mereka untuk mengamalkan nasihat Yesus, “Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, mesti kamu lakukan juga untuk mereka.”​—Lukas 6:31.

Bapa kita yang di syurga menginginkan yang terbaik untuk kita. Dia ingin kita menikmati “kehidupan yang sejati.” (1 Timotius 6:19) Kehidupan hari ini bukanlah “kehidupan yang sejati.” Jutaan orang hidup susah dan perlu bertungkus-lumus untuk terus hidup. Bagaimanakah rasanya “kehidupan yang sejati”? Lihatlah sesetengah berkat yang akan dinikmati oleh rakyat Kerajaan Tuhan.

BAGAIMANA RASANYA KEHIDUPAN SEJATI

  • “Di bawah pemerintahannya [Kristus], orang yang baik akan hidup makmur dan menikmati kedamaian yang melimpah . . . Dia akan memerintah . . . sampai ke hujung bumi.”​—Mazmur 72:7, 8, 13, 14.

  • “Tuhan menghentikan peperangan di seluruh dunia. Dia mematahkan busur dan menghancurkan tombak.”​—Mazmur 46:9.

  • “Bumi akan melimpah dengan biji-bijian, dan puncak gunung akan mengeluarkan hasil yang lumayan.”​—Mazmur 72:16.

  • “Orang akan membina rumah dan mendiaminya; mereka akan mengusahakan ladang anggur dan memakan hasilnya. Rumah yang dibina oleh mereka tidak akan didiami oleh orang lain, dan apa yang ditanam oleh mereka tidak akan dimakan oleh orang lain. . . . Umat pilihan-Ku akan menikmati hasil kerja mereka dengan sepuas-puasnya.”​—Yesaya 65:21, 22.

  • “Khemah Tuhan ada bersama manusia . . . Dia akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:3, 4.

Orang menikmati kehidupan di Firdaus

Di bawah Kerajaan Tuhan, orang akan hidup aman dan selamat, serta mempunyai makanan yang melimpah

ISI PENTING

AJARAN YESUS MEMBERI KITA KEKUATAN UNTUK MELAKUKAN APA YANG BENAR. SESIAPA YANG MENGIKUT AJARANNYA AKAN MENIKMATI PERPADUAN DAN KEAMANAN SEJATI DI BAWAH KERAJAAN SEDUNIA YESUS

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi