PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g19 No. 2 ms. 14-15
  • Mementingkan Nilai-Nilai Moral

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mementingkan Nilai-Nilai Moral
  • Sedarlah!—2019
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • APAKAH ITU NILAI MORAL?
  • MENGAPAKAH NILAI MORAL PENTING?
  • CARA MENGAJARKAN NILAI MORAL
  • 7 Nilai Murni
    Sedarlah!—2018
  • Betul atau Salah? Cara Banyak Orang Membuat Keputusan
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2024
  • Adakah Piawaian Bible tentang Apa yang Betul dan Salah Ketinggalan Zaman?
    Topik-Topik Lain
  • Betul atau Salah? Soalan yang Harus Kita Semua Fikirkan
    Menara Pengawal Mengumumkan Kerajaan Yehuwa (Umum)—2024
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2019
g19 No. 2 ms. 14-15
Seorang gadis memerhatikan ibunya yang mengembalikan dompet yang hilang

PELAJARAN 6

Mementingkan Nilai-Nilai Moral

APAKAH ITU NILAI MORAL?

Orang yang mempunyai nilai moral dapat membezakan apa yang betul daripada apa yang salah, dan nilai moralnya tidak ditentukan oleh perasaannya. Sebaliknya, dia selalu bergantung pada prinsip yang membimbing segala perbuatannya, biarpun tiada orang yang sedang memerhatikannya.

MENGAPAKAH NILAI MORAL PENTING?

Kanak-kanak dibanjiri maklumat yang salah tentang nilai moral. Mereka mungkin dipengaruhi oleh rakan sekolah, muzik, dan wayang atau rancangan TV. Hal itu mungkin membuat mereka keliru dan mempersoalkan nilai moral yang diajarkan di rumah.

Hal ini merupakan masalah yang besar bagi kaum remaja. Menurut buku Beyond the Big Talk, kaum remaja suka menjadi popular dan diterima orang. Rakan mereka atau media massa akan memperalatkan keinginan ini untuk mempengaruhi mereka. Kaum remaja harus belajar untuk membuat keputusan dan mempunyai pendirian yang teguh biarpun dicemuh. Maka, ibu bapa harus memupuk nilai moral dalam diri anak mereka dari kecil lagi agar anak mereka dapat menghadapi tekanan sedemikian.

CARA MENGAJARKAN NILAI MORAL

Bantu anak anda membezakan apa yang betul daripada apa yang salah.

PRINSIP BIBLE: ‘Orang matang menggunakan daya penilaian mereka yang sudah terlatih.’​—Ibrani 5:14.

  • Berikan panduan moral yang jelas. Gunakan situasi harian untuk membantu anak anda membezakan apa yang betul daripada apa yang salah. Contohnya, “ini contoh kejujuran; itu perbuatan yang tidak jujur.” “Ini contoh kesetiaan; itu perbuatan yang tidak setia.” Lama-kelamaan, anak anda akan mengetahui apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dielakkan.

  • Berikan penjelasan. Sebagai contoh, tanyalah anak anda, “Apakah kebaikannya jika kita selalu jujur? Bagaimanakah penipuan akan menjejaskan persahabatan kamu? Mengapakah salah untuk mencuri?” Bantu anak anda untuk berfikir secara logik agar dia dapat membezakan apa yang baik daripada apa yang jahat.

  • Tonjolkan manfaat yang dapat diraih jika seseorang mempunyai nilai moral yang baik. Anda dapat berkata, “Jika kamu jujur, orang lain akan mempercayai kamu,” atau “Jika kamu baik hati, orang lain akan suka menjadi kawan kamu.”

Pastikan semua anggota keluarga anda mengikut nilai moral yang sama.

PRINSIP BIBLE: “Teruslah memeriksa keadaan kamu yang sebenarnya.”​—2 Korintus 13:5.

  • Semua anggota keluarga anda patut mempunyai nilai moral yang sama. Dengan demikian, anda dapat berkata:

    • “Tiada orang dalam keluarga kami yang akan berbohong.”

    • “Kami tidak memukul orang lain atau berteriak-teriakan.”

    • “Kami tidak menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati atau kata-kata yang menghina.”

Lambat laun, anak anda akan tahu bahawa nilai moral keluarga anda merupakan sebahagian daripada identiti keluarga anda.

  • Gunakan setiap kesempatan untuk membincangkan nilai moral keluarga anda dengan anak anda. Gunakan situasi harian untuk mengajar anak anda. Anda mungkin dapat membandingkan nilai moral yang ditetapkan dalam keluarga anda dengan nilai moral yang diajarkan di sekolah atau dihebahkan oleh media massa. Tanyalah anak anda soalan seperti, “Jika kamu dalam situasi itu, apakah yang akan kamu lakukan?” “Jika keluarga kita mengalami situasi itu, apakah yang akan kita lakukan?”

Bantu anak anda untuk melakukan apa yang betul.

PRINSIP BIBLE: “Hendaklah hati nurani kamu sentiasa bersih.”​—1 Petrus 3:16.

  • Puji anak anda. Pujilah anak anda dan jelaskan mengapa anda berasa bangga dengannya. Sebagai contoh, anda dapat berkata, “Saya sangat bangga dengan kamu kerana kamu jujur.” Jika anak anda mengakui kesilapannya, pujilah dia kerana dia bersikap jujur sebelum anda menegur dia.

  • Tegur anak anda. Bantu anak anda untuk bertanggungjawab atas perbuatannya. Anak-anak harus tahu apa kesalahan mereka dan bagaimana perbuatan mereka melanggar nilai moral keluarga anda. Ada ibu bapa yang takut untuk menegur anak mereka kerana mereka menyangka hal itu akan membuat anak mereka menjadi tawar hati. Tetapi jika ibu bapa menjelaskan mengapa perbuatan anak mereka itu salah, hal itu dapat melatih hati nurani anak mereka dan membantu anak mereka agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara mendidik anak, layari www.pr2711.com/ms.

Seorang gadis memerhatikan ibunya yang mengembalikan dompet yang hilang

LATIH ANAK ANDA SEKARANG

Anak-anak yang dapat melihat teladan ibu bapa mereka yang jujur lebih cenderung bersikap jujur meskipun tiada orang memperhatikan mereka

Jadi Teladan yang Baik

  • Adakah anak-anak saya dapat melihat bahawa saya mengamalkan nilai moral keluarga kami dalam pertuturan dan perbuatan saya?

  • Adakah saya dan pasangan saya mengajarkan nilai-nilai moral yang sama kepada anak-anak kami?

  • Adakah saya berkata atau berfikir bahawa saya tidak perlu menurut peraturan tertentu kerana saya ialah orang dewasa?

Pandangan Ibu Bapa Lain . . .

“Kami menggunakan pengalaman orang lain untuk mengajar anak kami tentang manfaat yang dapat diraih jika kita ada nilai moral yang baik, dan akibat buruk jika kita tidak ada nilai moral yang baik. Semasa anak-anak kami memberitahu kami tentang keputusan buruk yang dibuat oleh rakan sebaya mereka, kami akan membincangkan hal itu dengan mereka supaya mereka tidak membuat kesilapan yang sama.”​—Nicole.

“Semasa anak perempuan kami masih kecil, kami memberitahu dia bahawa dia selalu ada dua pilihan, iaitu dia dapat membuat apa yang baik atau membuat apa yang jahat. Kami juga menjelaskan akibatnya bagi setiap pilihan yang dibuatnya. Dengan demikian, dia telah mempelajari caranya untuk membuat keputusan sendiri. Hal ini merupakan pengajaran hidup yang penting, kerana tidak kira berapa umur kita, kita perlu selalu membuat pilihan.”​—Yolanda.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi