PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g20 No. 1 ms. 5-7
  • Apakah Itu Stres?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Itu Stres?
  • Sedarlah!—2020
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • STRES YANG BAIK DAN YANG BURUK
  • Kandungan
    Sedarlah!—2020
  • Adakah Anda Stres?
    Sedarlah!—2020
  • Apa yang Dapat Dilakukan sewaktu Anda Stres
    Sedarlah!—2020
Sedarlah!—2020
g20 No. 1 ms. 5-7
Seorang ahli perniagaan berlari menaiki tangga untuk menuju ke bangunan pejabat.

CARA MENANGANI STRES

Apakah Itu Stres?

Stres merupakan reaksi tubuh anda terhadap situasi yang mencabar. Otak anda akan memberikan isyarat supaya hormon dihantar ke seluruh sistem badan. Hormon-hormon itu akan meningkatkan kadar denyutan jantung, pernafasan, dan tekanan darah, dan membuat otot anda menjadi tegang. Sebelum anda menyedari apa yang berlaku, tubuh anda sudah bersedia untuk bertindak. Apabila situasi yang mencabar itu berlalu, keadaan tubuh anda akan kembali seperti biasa.

STRES YANG BAIK DAN YANG BURUK

Stres merupakan gerak balas semula jadi yang membolehkan anda bersedia menghadapi situasi yang mencabar atau bahaya. Gerak balas ini bermula dalam otak. Stres yang baik dapat membantu anda bertindak dengan segera. Stres yang positif juga dapat membantu anda mencapai tujuan anda dan meningkatkan prestasi anda, contohnya semasa peperiksaan, temu duga, atau bersukan.

Namun, stres yang berpanjangan atau ekstrem memudaratkan. Jika tubuh anda selalu berada dalam keadaan tertekan, hal itu mungkin membawa masalah fizikal, emosi, dan mental. Kelakuan anda, termasuk cara anda melayan orang lain, mungkin berubah. Orang yang mengalami stres secara berpanjangan biasanya lebih mudah terjebak dalam tabiat-tabiat buruk seperti mabuk, mengambil dadah, merokok, dan sebagainya. Stres sebegini bahkan dapat menyebabkan kemurungan, kelesuan (burnout), dan keinginan untuk membunuh diri.

Kesan stres terhadap setiap orang berbeza-beza, tetapi stres dapat menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan mempengaruhi hampir setiap bahagian tubuh.

KESAN STRES TERHADAP TUBUH ANDA

Sistem saraf.

Seorang lelaki memegang dahinya kerana sangat stres.

Sistem saraf anda menyebabkan rembesan hormon seperti adrenalin dan kortisol. Hormon-hormon itu meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah, dan paras gula dalam darah, supaya badan anda bersedia untuk bertindak. Tetapi stres yang berlebihan dapat membuat anda

  • cepat marah, gelisah, murung, sakit kepala, tidak dapat tidur

Sistem otot rangka.

Otot yang tegang dapat melindungi anda daripada kecederaan. Tetapi stres yang berlebihan dapat menyebabkan

  • sakit badan, sakit kepala tegang (tension headache), kekejangan otot

Sistem pernafasan.

Anda bernafas dengan lebih cepat untuk mengambil lebih banyak oksigen. Tetapi stres yang berlebihan dapat menyebabkan

  • hiperventilasi (bernafas laju), sesak nafas, dan serangan panik bagi orang yang cenderung mengalami gangguan ini

Sistem kardiovaskular.

Jantung anda berdegup dengan lebih kencang untuk mengepam darah ke seluruh badan. Saluran darah akan mengecut atau mengembang supaya darah dapat mengalir ke bahagian tubuh yang paling memerlukannya, seperti ke otot. Tetapi stres yang berlebihan dapat menyebabkan

  • tekanan darah tinggi, serangan jantung, strok

Sistem endokrin.

Kelenjar anda menghasilkan adrenalin dan kortisol, iaitu hormon yang membantu badan anda bergerak balas terhadap stres. Hati anda meningkatkan paras gula dalam darah supaya anda mendapat lebih banyak tenaga. Tetapi stres yang berlebihan dapat menyebabkan

  • kencing manis, mood yang tidak stabil, kenaikan berat badan, melemahkan sistem pertahanan badan, membuat anda senang jatuh sakit

Sistem gastrousus.

Proses pencernaan tubuh anda terganggu. Stres yang berlebihan dapat menyebabkan

  • rasa loya, muntah, cirit-birit, sembelit

Sistem pembiakan.

Stres dapat menjejaskan keinginan dan fungsi seksual. Stres yang berlebihan dapat menyebabkan

  • kemandulan, gangguan kitaran haid

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi