PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g21 No. 1 ms. 6-7
  • Bimbingan untuk Mempunyai Hubungan yang Baik

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bimbingan untuk Mempunyai Hubungan yang Baik
  • Sedarlah!—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Sudi Mengampuni
  • Rendah Hati dan Menunjukkan Hormat
  • Tidak Berat Sebelah
  • Bersikap Lemah Lembut
  • Bermurah Hati dan Bersyukur
  • Berbahagialah Orang yang Murah Hati
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Bermurah Hati
    Sedarlah!—2025
  • Hendaklah Kamu Saling Mengampuni
    Menara Pengawal—2012
  • Hubungan dengan Keluarga dan Sahabat
    Sedarlah!—2019
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2021
g21 No. 1 ms. 6-7
Sebuah keluarga makan bersama tetamu mereka di rumah.

Bimbingan untuk Mempunyai Hubungan yang Baik

Pencipta kita mengajar kita cara untuk menikmati hubungan yang baik dengan orang lain, sama ada di rumah, tempat kerja, atau bersama kawan-kawan. Perhatikan beberapa nasihat bijak daripada-Nya yang telah membantu ramai orang.

Sudi Mengampuni

“Teruslah . . . mengampuni dengan rela hati, biarpun kamu ada alasan untuk berasa tersinggung.”​—KOLOSE 3:13.

Kita semua melakukan kesilapan. Tidak kira kita yang membuat orang lain tersinggung atau orang lain yang menyinggung kita, kita semua perlu sudi mengampuni satu sama lain. Apabila kita sudi mengampuni, kita tidak akan menyimpan dendam, “membalas kejahatan dengan kejahatan,” atau asyik mengungkit kesalahan orang lain. (Roma 12:17) Namun, bagaimana pula jika seseorang membuat kita sangat sakit hati dan kita tidak dapat melupakan apa yang berlaku? Bincangkanlah hal itu bersamanya dengan hormat dan tanpa melibatkan orang lain. Ingatlah bahawa tujuan kita adalah untuk berdamai dan bukannya menentukan siapa yang betul atau salah.​—Roma 12:18.

Rendah Hati dan Menunjukkan Hormat

“Dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri kamu sendiri.”​—FILIPI 2:3.

Orang lain akan suka bersama dengan kita jika kita rendah hati dan bersikap hormat. Mereka tahu bahawa kita akan menunjukkan kebaikan hati, bertimbang rasa, dan tidak akan sengaja menyakiti hati mereka. Namun, jika kita anggap diri kita lebih baik daripada orang lain atau selalu mahu orang lain ikut cara kita, hal ini dapat menimbulkan masalah. Akibatnya, orang lain akan menjauhi kita dan kita tidak akan mempunyai ramai kawan.

Tidak Berat Sebelah

“Tuhan tidak berat sebelah. Orang daripada bangsa apa pun yang takut kepada-Nya dan berbuat benar diperkenankan-Nya.”​—KISAH 10:34, 35.

Pencipta kita tidak memandang sesetengah orang lebih baik hanya kerana kewarganegaraan, bahasa, kedudukan sosial, atau warna kulit mereka. Ayat Suci menyatakan, “Daripada seorang manusia, Dia menjadikan semua bangsa.” (Kisah 17:26) Dalam kata lain, semua manusia ialah adik-beradik. Apabila kita melayan semua orang dengan hormat dan baik hati, mereka akan berasa gembira, kita sendiri akan berasa gembira, dan Pencipta kita juga akan berasa gembira.

Bersikap Lemah Lembut

“Hendaklah kamu mengenakan . . . kelemahlembutan.”​—KOLOSE 3:12.

Apabila kita bersikap lemah lembut, orang lain akan berasa selesa untuk berbual dan bahkan menasihati kita, kerana mereka tahu kita akan sentiasa tenang. Apabila kita menjawab dengan lemah lembut kepada seseorang yang marah terhadap kita, hal ini juga dapat menenangkan orang itu. Amsal 15:1 menyatakan, “Jawapan yang lemah lembut meredakan kemarahan, tetapi kata-kata yang pedas membangkitkan kemurkaan.”

Bermurah Hati dan Bersyukur

“Lebih berbahagia memberi daripada menerima.”​—KISAH 20:35.

Hari ini, ramai orang bersikap tamak dan mementingkan diri. Namun, kita boleh memperoleh kebahagiaan yang sejati jika kita bermurah hati. (Lukas 6:38) Orang yang murah hati berasa gembira kerana mereka lebih mengasihi orang daripada kebendaan. Kasih kepada orang lain juga mendorong mereka untuk bersyukur dan berterima kasih kepada orang yang bermurah hati kepada mereka. (Kolose 3:15) Jadi tanyalah diri, “Adakah saya suka bersama dengan orang yang kedekut dan tidak tahu bersyukur, atau dengan orang yang murah hati dan tahu bersyukur?” Apakah pengajarannya? Layanlah orang lain sebagaimana anda ingin dilayan.​—Matius 7:12.

Saya Tidak Lagi Memandang Rendah terhadap Orang Lain

“Ayat Suci menyatakan: ‘Pandanglah orang lain sepertimana kamu memandang diri kamu sendiri. . . . Janganlah menganggap diri kamu bijaksana.’” (Roma 12:16) “Nasihat ini bantu saya lawan sikap sombong dan kecenderungan untuk memandang rendah terhadap orang lain. Saya tidak lagi berfikir bahawa kaum saya adalah lebih baik daripada kaum lain, dan saya juga tidak memandang rendah terhadap orang yang berlainan agama. Saya juga lebih ramah dan lebih sudi berbual dengan orang lain.”​—Asha.

Asha.

Maklumat lanjut:

Untuk mengetahui lebih banyak nasihat praktikal tentang cara memperbaiki hubungan anda dengan orang lain, sila layari jw.org/ms dan lihat bahagian AJARAN BIBLE > KEDAMAIAN & KEBAHAGIAAN > HUBUNGAN.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi