PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g25 No. 1 ms. 12-13
  • Bermurah Hati

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bermurah Hati
  • Sedarlah!—2025
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA PENTING
  • APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN
  • Berbahagialah Orang yang Murah Hati
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
  • Mengapa Saya Patut Membantu Orang Lain?
    Kaum Muda Bertanya
  • Hargai Yehuwa yang Murah Hati dan Munasabah
    Menara Pengawal—2013
  • Bimbingan untuk Mempunyai Hubungan yang Baik
    Sedarlah!—2021
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2025
g25 No. 1 ms. 12-13
Sebuah keluarga menikmati makanan bersama tetamu di meja makan di luar rumah mereka yang sederhana.

KENAIKAN HARGA BARANG​—CARA HADAPINYA

Bermurah Hati

Semasa harga barang naik, anda mungkin rasa mustahil untuk bermurah hati. Namun, sikap murah hati sebenarnya dapat membantu anda biarpun anda menghadapi masalah ekonomi. Ya, anda dapat berjimat cermat dan bermurah hati pada masa yang sama!

MENGAPA PENTING

Bersikap murah hati, bahkan dalam hal-hal yang kecil, dapat buat kita rasa gembira dan puas. Menurut kajian, sikap ini juga baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Contohnya, sikap murah hati dapat mengurangkan rasa khuatir, stres, tekanan darah, rasa sakit di badan, dan mungkin membantu orang tidur dengan lena.

“Lebih berbahagia memberi daripada menerima.”—Kisah 20:35.

Apabila kita bermurah hati, tidak kira dari segi kewangan atau cara lain, kita akan rasa lebih mudah untuk terima bantuan apabila kita memerlukannya. Howard, yang tinggal di England, berkata, “Apabila saya dan isteri saya bermurah hati dan bantu orang, kami tidak rasa kami menyusahkan orang lain semasa kami yang memerlukan bantuan.” Sudah pasti, orang yang ikhlas menunjukkan kemurahan hati tidak mengharapkan balasan, tetapi mereka sering mendapat sahabat sejati yang bersedia membantu mereka pada bila-bila masa.

“Amalkanlah tabiat memberi dan orang lain juga akan memberi kepada kamu.”—Lukas 6:38.

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

Kongsi apa yang anda miliki. Walaupun anda tidak kaya, anda masih boleh kongsi sesuatu dengan orang lain, seperti makanan yang sederhana. Duncan dan keluarganya, yang tinggal di Uganda, hidup miskin. Namun, mereka sangat murah hati. Duncan berkata, “Pada setiap hari Ahad, saya dan isteri saya menjemput seseorang untuk makan di rumah kami. Kami sangat suka meluangkan masa dengan orang lain.”

Sudah tentu, anda perlu seimbang semasa bermurah hati. Janganlah memberi sehingga menyusahkan keluarga sendiri.—Ayub 17:5.

Cubalah: Jemputlah seseorang untuk makan atau minum, biarpun hidangan yang anda sediakan sederhana sahaja. Jika anda ada barang yang tidak lagi diperlukan, berilah kepada kawan atau jiran yang memerlukannya.


Bermurah hati dalam cara yang lain. Sesetengah hadiah yang paling bernilai tidak memerlukan satu sen pun, contohnya masa, perhatian, dan tenaga kita. Kata-kata yang membina pun dapat jadi hadiah yang sangat bermakna. Jadi, janganlah kedekut untuk beritahu orang lain bahawa anda sangat mengasihi dan menghargai mereka.

Cubalah: Bantulah orang untuk buat kerja di rumah, membaiki barang yang rosak, atau membeli barang. Tulislah kad atau hantar mesej kepada seorang sahabat. Mesej anda tidak perlu terlalu panjang, sekadar tanya khabar pun sudah memadai.

Apabila anda cari peluang untuk bermurah hati, hidup anda akan jauh lebih bahagia.

“Janganlah lupa untuk berbuat baik dan untuk mengongsi apa yang kamu miliki dengan orang lain.”—Ibrani 13:16.

Sepasang suami isteri menolong seorang wanita tua menyapu daun di halaman rumahnya. Wanita tua itu menyediakan minuman panas untuk mereka.
Trey.

“Walaupun apartmen kami kecil, kami suka masak dan jemput kawan-kawan untuk makan bersama. Kami sangat suka membantu kawan-kawan kami. Kadangkala kami memberikan wang, tapi selalunya kami memberikan masa kami. Sudah banyak kali kami merasai betapa benarnya kata-kata ini, ‘Lebih berbahagia memberi daripada menerima.’”—Trey, Israel.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi