PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g21 No. 2 ms. 13-15
  • Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Fikiran Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Fikiran Anda?
  • Sedarlah!—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • APA YANG PERLU ANDA TAHU
  • CUBALAH
  • Patutkah Saya Buat Beberapa Perkara pada Masa yang Sama?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bersikap Seimbang semasa Menggunakan Teknologi
    Bantuan untuk Keluarga
  • Bagaimanakah Saya Dapat Belajar untuk Menumpukan Perhatian?
    Kaum Muda Bertanya
  • Dalam Terbitan Ini
    Sedarlah!—2021
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2021
g21 No. 2 ms. 13-15
Seorang lelaki menonton video tutorial sambil memasak.

Bagaimanakah Teknologi Mempengaruhi Fikiran Anda?

Manusia sentiasa perlu belajar, sama ada untuk sekolah, kerja, atau hal lain. Teknologi dapat memudahkan proses belajar. Dengan teknologi, kita dapat mengakses bermacam-macam maklumat tanpa meninggalkan rumah atau bahkan kerusi kita.

Namun, orang yang menghabiskan terlalu banyak masa untuk menggunakan teknologi mendapati bahawa mereka . . .

  • susah menumpukan perhatian semasa membaca.

  • susah bertumpu kepada satu tugas pada satu masa.

  • cepat berasa bosan ketika seorang diri.

APA YANG PERLU ANDA TAHU

Seorang gadis muda melakukan banyak hal pada masa yang sama. Dia menghantar mesej di fon, membuat panggilan video dengan kawan, dan menggunakan buku teks dan komputer untuk belajar.

MEMBACA

Orang yang menghabiskan banyak masa untuk guna alat elektronik sering kali tidak cukup sabar untuk membaca seluruh artikel atau buku. Jadi mereka hanya membacanya sepintas lalu.

Membaca secara sepintas lalu berguna apabila anda perlu mencari jawapan dalam masa singkat. Namun, cara itu tidak membantu semasa anda perlu mendalami suatu topik.

FIKIRKAN: Sejauh manakah anda dapat baca teks yang panjang dengan teliti? Mengapakah hal ini dapat meningkatkan kebolehan belajar anda?​—AMSAL 18:15.

FOKUS

Sesetengah orang menganggap bahawa teknologi akan membantu mereka melakukan dua hal pada masa yang sama, misalnya menghantar mesej kepada kawan sambil belajar. Namun, oleh sebab tumpuan mereka sudah berbelah bahagi, mereka tidak dapat melakukan kedua-dua tugas dengan baik.

Kita memang perlu disiplin diri untuk berfokus, tetapi usaha untuk berbuat demikian memang berbaloi. Seorang remaja yang bernama Grace berkata, “Kesilapan dan stres kita akan berkurang. Saya sudah belajar bahawa adalah lebih baik untuk bertumpu kepada satu hal pada satu masa, dan bukannya membiarkan fokus saya tersimpang.”

FIKIRKAN: Adakah teknologi mengurangkan kebolehan anda untuk memahami dan mengingati apa yang anda pelajari?​—AMSAL 17:24.

WAKTU BERSENDIRIAN

Sesetengah orang tidak dapat tahan jika mereka bersendirian. Jadi, mereka menggunakan teknologi untuk menghilangkan rasa sunyi. Seorang wanita yang bernama Olivia berkata, “Kalau saya duduk diam selama 15 minit tanpa melihat fon, tablet, atau TV, saya akan rasa bosan.”

Namun, waktu bersendirian sebenarnya kesempatan yang baik untuk membuat perenungan dan belajar. Hal ini penting, baik untuk orang muda mahupun orang dewasa.

FIKIRKAN: Dapatkah anda menggunakan waktu bersendirian untuk membuat sesuatu yang bermanfaat?​—1 TIMOTIUS 4:15.

CUBALAH

PERIKSA CARA ANDA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

Bagaimanakah anda dapat menggunakan teknologi untuk meningkatkan kemahiran berfikir? Bagaimanakah teknologi dapat menghalang anda daripada berfokus dan belajar?

PRINSIP BIBLE: “Janganlah lepaskan hikmat dan daya pemikiran.”​—AMSAL 3:21, NOTA KAKI.

TANYALAH DIRI . . .

  • Adakah saya susah untuk berfokus semasa membaca banyak teks di skrin? Jika ya, apakah yang biasanya mengganggu tumpuan saya?

  • Bagaimanakah saya dapat mengurangkan atau menghilangkan gangguan sebegini?

Tip: Cuba baca satu perenggan sahaja pada mulanya, dan tambahkan jumlah teks yang dibaca secara beransur-ansur. Bacalah dengan suara yang perlahan untuk bantu anda berfokus.

  • Apakah yang dapat saya buat supaya ada masa yang cukup untuk berfikir tentang apa yang telah saya baca?

Tip: Gunakan 10 minit pada akhir sesi pembelajaran untuk mengulang kaji apa yang telah anda pelajari.

  • Bilakah saya biasanya cuba melakukan beberapa perkara pada masa yang sama?

  • Apakah yang boleh saya buat supaya dapat berfokus kepada satu perkara pada satu masa?

Tip: Semasa sesi belajar, simpan benda-benda yang dapat mengganggu tumpuan anda.

PRINSIP BIBLE: “Hendaklah kamu memperoleh kebijaksanaan dan pengertian.”​—AMSAL 4:5.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi