PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g22 No. 1 ms. 7-9
  • 2 | Urus Kewangan dengan Bijak

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 2 | Urus Kewangan dengan Bijak
  • Sedarlah!—2022
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MENGAPA PENTING
  • Apa yang Perlu Anda Tahu
  • Apa yang Dapat Anda Lakukan Sekarang
  • Bagaimanakah Saya Dapat Hidup dengan Pendapatan yang Kurang Berbanding Dahulu?
    Topik-Topik Lain
  • Urus Wang dengan Bijak
    Sedarlah!—2025
  • Cara untuk Mengurus Wang
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Keadaan Kewangan
    Sedarlah!—2019
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2022
g22 No. 1 ms. 7-9
Seorang tukang kayu sedang memaku papan.

DUNIA YANG PENUH MASALAH

2 | Urus Kewangan dengan Bijak

MENGAPA PENTING

Ramai orang perlu bekerja keras untuk mendapatkan keperluan hidup. Sedihnya, apabila bencana atau masalah berlaku, lebih susah bagi orang untuk mendapatkan keperluan seharian. Mengapa?

  • Kos hidup semakin meningkat, termasuk kos makanan dan tempat tinggal.

  • Kadar pengangguran meningkat atau gaji berkurang.

  • Bencana mungkin merosakkan atau memusnahkan tempat berniaga, rumah, atau aset lain. Hal ini menyebabkan ramai orang jatuh miskin.

Apa yang Perlu Anda Tahu

  • Jika anda pandai mengurus wang, anda akan lebih bersedia menghadapi krisis.

  • Ingatlah bahawa pendapatan, simpanan, dan harta milik bukanlah jaminan yang terbaik, kerana nilainya mungkin merosot.

  • Wang tidak dapat membeli hal-hal seperti kebahagiaan dan keluarga yang bersatu padu.

Apa yang Dapat Anda Lakukan Sekarang

Bible kata: “Jika kita mempunyai makanan dan pakaian, kita akan berpuas hati.”​—1 Timotius 6:8.

Jika kita mengurangkan keinginan dan berpuas hati dengan keperluan seharian, kita akan berasa gembira. Hal ini penting jika pendapatan kita berkurang.

Anda mungkin perlu mengubah gaya hidup. Jika perbelanjaan anda lebih besar daripada pendapatan anda, situasi kewangan anda akan menjadi semakin teruk.

URUS KEWANGAN DENGAN BIJAK​—Petua yang Berguna

Pada waktu kesusahan, ikutlah langkah-langkah berikut untuk mengurus wang anda dengan bijak.

KURANGKAN PERBELANJAAN

  • Seorang wanita tua menuai lobak dari kebun sayur.

    Kurangkan perbelanjaan

    Tangguhkan pembelian sesetengah barang atau pakaian. Tanyalah diri, “Bolehkah saya hidup tanpa kenderaan sendiri? Dapatkah saya tanam sayur sendiri?”

  • Sebelum membeli sesuatu, tanyalah diri, “Adakah saya betul-betul perlukannya? Adakah saya mampu belinya?”

  • Mohonlah bantuan daripada kerajaan atau organisasi kebajikan jika ada.

“Kami memeriksa gaya hidup kami sebagai sebuah keluarga. Kami membatalkan atau mengurangkan sebarang bentuk rekreasi yang memerlukan wang. Kami juga mula menyediakan makanan di rumah dengan menggunakan bahan yang lebih murah.”​—Gift.

RANCANGLAH PERBELANJAAN ANDA

Seorang wanita menggunakan kalkulator dan mencatatkan butiran daripada resit.

Rancanglah perbelanjaan anda

Bible kata: “Rancangan yang dibuat dengan teliti pasti membawa kejayaan, tetapi tindakan yang tergesa-gesa akan mengakibatkan kemiskinan.” (Amsal 21:5) Dengan perancangan yang baik, perbelanjaan anda tidak akan melebihi pendapatan anda.

  • Mula-mula, senaraikan pendapatan anda.

  • Kemudian, senaraikan perbelanjaan anda, dan periksalah tabiat perbelanjaan anda.

  • Selepas itu, bandingkan pendapatan anda dengan perbelanjaan anda. Jika perlu, ubah tabiat berbelanja anda supaya anda tidak berbelanja melebihi pendapatan anda.

“Setiap bulan, kami menyenaraikan pendapatan dan perbelanjaan kami. Kami juga menyimpan duit untuk kecemasan dan perbelanjaan masa depan. Oleh itu, kami tidak begitu risau kerana kami sudah tahu bagaimana kami akan menggunakan pendapatan kami.”​—Carlos.

JANGAN BERHUTANG / BERJIMAT CERMAT

  • Seorang ibu membantu anak perempuannya memasukkan wang ke dalam balang kaca.

    Jangan berhutang / berjimat cermat

    Buat rancangan untuk mengurangkan hutang. Jika boleh, langsung jangan berhutang. Sebaliknya, simpanlah duit untuk membeli apa yang diperlukan.

  • Setiap bulan, simpanlah sedikit duit untuk perbelanjaan masa depan yang dijangka atau yang tidak dijangka.

BEKERJA KERAS / PUPUK SIKAP YANG BAIK

Bible kata: “Setiap kerja keras membawa kebaikan.”​—Amsal 14:23.

  • Seorang tukang kayu sedang memaku papan.

    Bekerja keras / pupuk sikap yang baik

    Terus bersikap baik semasa bekerja. Walaupun kerja itu bukan kerja idaman anda, kerja itu masih membantu anda menyara diri.

  • Jadilah pekerja yang rajin dan boleh diharapkan. Hal ini dapat mengurangkan kemungkinan anda dipecat. Biarpun anda diberhentikan kerja, anda dapat mencari kerja dengan lebih senang.

“Saya terima apa sahaja kerja biarpun saya tidak menyukai kerja itu atau gajinya tidak sebanyak yang diharapkan. Saya sentiasa rajin dan melakukan kerja dengan baik. Saya bekerja keras seolah-olah itulah perniagaan sendiri.”​—Dmitriy.

Jika anda sedang mencari kerja . . .

  • Ambillah inisiatif. Biarpun sesebuah perniagaan tidak mencari pekerja, hubungilah mereka dan tawarkan diri jika anda mempunyai kemahiran atau pengalaman yang berguna bagi mereka. Beritahulah kawan atau keluarga anda bahawa anda sedang mencari kerja.

  • Belajar menyesuaikan diri. Biasanya, anda tidak dapat mencari kerja yang memenuhi semua kriteria anda.

Ibu bapa berbincang tentang wang semasa anak mereka bermain di luar.

MAKLUMAT LANJUT. Baca rencana “Bagaimanakah Saya Dapat Hidup dengan Pendapatan yang Kurang Berbanding Dahulu?”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi