PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 4
  • Mengapa Mereka Kehilangan Firdaus

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapa Mereka Kehilangan Firdaus
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adam dan Hawa Tidak Mentaati Tuhan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bagaimanakah Kehidupan di Firdaus?
    Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
  • Tuhan Menciptakan Lelaki dan Perempuan yang Pertama
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bermulalah Kehidupan yang Susah
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 4
Adam dan Hawa dihalau keluar dari Taman Eden

CERITA 4

Mengapa Mereka Kehilangan Firdaus

LIHATLAH apa yang sedang berlaku. Adam dan Hawa dihalau keluar dari Taman Eden yang indah. Tahukah adik mengapa hal ini berlaku?

Hal ini berlaku kerana mereka telah melakukan sesuatu yang sangat buruk. Jadi, Yehuwa menghukum mereka. Tahukah adik apa yang telah dilakukan oleh Adam dan Hawa?

Mereka telah melakukan sesuatu yang dilarang oleh Tuhan. Tuhan memberitahu mereka bahawa mereka boleh memakan buah daripada pokok-pokok di taman tersebut. Tetapi, Tuhan melarang mereka memakan buah daripada sebatang pokok yang tertentu. Jika mereka memakan buah daripada pokok itu, mereka akan mati. Pokok itu milik Tuhan. Kita tahu bahawa perbuatan mengambil sesuatu yang bukan milik kita adalah salah, bukan? Jadi, apakah yang telah berlaku?

Pada suatu hari, apabila Hawa bersendirian di Taman Eden, seekor ular telah bercakap dengannya. Bayangkan hal ini! Ular itu menyuruh Hawa memakan buah daripada pokok yang dilarang oleh Tuhan. Tetapi, Yehuwa tidak menciptakan ular yang boleh bercakap. Hal ini bermaksud seseorang telah membolehkan ular itu bercakap. Siapakah makhluk itu?

Makhluk itu bukanlah Adam tetapi seorang makhluk yang lain. Jauh sebelum Yehuwa menciptakan bumi, makhluk-makhluk ini telah diciptakan. Makhluk-makhluk ini ialah malaikat yang tidak dapat kita lihat. Salah satu daripada malaikat-malaikat ini telah menjadi sangat sombong. Dia mula berfikir bahawa dia patut menjadi seorang pemerintah seperti Tuhan. Dia tidak mahu orang mentaati Yehuwa. Sebaliknya, dia mahu orang mentaatinya. Dialah malaikat yang membuat ular itu bercakap.

Malaikat ini berjaya menipu Hawa. Malaikat ini memberitahu Hawa bahawa Hawa akan menjadi seperti Tuhan jika dia makan buah itu. Hawa mempercayainya. Jadi, Hawa memakan buah itu dan suaminya memakan buah itu juga. Adam dan Hawa tidak mematuhi kata-kata Tuhan. Oleh itu, mereka kehilangan tempat tinggal mereka di firdaus yang indah.

Walau bagaimanapun, suatu hari nanti Tuhan akan memastikan bahawa seluruh bumi akan diubahkan untuk menjadi sebuah taman yang indah seperti Taman Eden. Tidak lama lagi, adik akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam kerja ini. Tetapi buat masa ini, marilah kita lihat apa yang telah berlaku kepada Adam dan Hawa.

Kejadian 2:16, 17; 3:1-13, 24; Penyingkapan 12:9.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi