PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 3 ms. 14-ms. 15 per. 3
  • Adam dan Hawa Tidak Mentaati Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adam dan Hawa Tidak Mentaati Tuhan
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapa Mereka Kehilangan Firdaus
    Buku Cerita Bible Saya
  • Bagaimanakah Kehidupan di Firdaus?
    Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
  • Bermulalah Kehidupan yang Susah
    Buku Cerita Bible Saya
  • Firdaus Hilang
    Bible—Apakah Mesejnya?
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 3 ms. 14-ms. 15 per. 3
Adam dan Hawa meninggalkan Taman Eden

CERITA 3

Adam dan Hawa Tidak Mentaati Tuhan

Adam memegang buah yang dilarang yang telah diberikan Hawa kepadanya

Pada suatu hari, semasa Hawa seorang diri, seekor ular bercakap kepadanya, “Benarkah Tuhan melarang kamu makan buah daripada semua pokok?” Hawa menjawab, “Kami boleh makan semua buah, kecuali buah daripada satu pokok. Jika kami memakannya, kami akan mati.” Tetapi, ular berkata, “Kamu tidak akan mati. Sebaliknya, kamu akan menjadi seperti Tuhan.” Adakah hal itu benar? Tidak! Tetapi, Hawa mempercayai ular itu. Semakin lama Hawa melihat buah itu, semakin kuat keinginannya untuk memakannya. Akhirnya, Hawa makan buah itu dan memberikannya kepada Adam. Adam tahu bahawa mereka akan mati jika mereka tidak mentaati Yehuwa. Namun, dia tetap makan buah itu.

Semasa Adam dan Hawa meninggalkan Taman Eden, malaikat-malaikat dan sebilah pedang yang berapi menjaga jalan masuk

Pada petang itu, Yehuwa menanya Adam dan Hawa mengapa mereka tidak mengikut perintah-Nya. Hawa menyalahkan ular itu. Adam pula menyalahkan Hawa. Oleh sebab mereka telah mengingkari Yehuwa, atau tidak mengikut cakap-Nya, mereka dihalau dari taman itu. Yehuwa meletakkan malaikat-Nya dan pedang berapi di Taman Eden agar mereka tidak dapat memasuki taman itu lagi.

Yehuwa berkata bahawa ular yang menipu Hawa juga akan dihukum. Sebenarnya, ular tidak dapat bercakap. Tetapi, satu malaikat yang jahat telah menyebabkan ular itu berkata-kata dan menipu Hawa. Malaikat itu dipanggil Syaitan Si Iblis. Pada masa depan, Yehuwa akan menghapuskan Syaitan agar dia tidak dapat menipu orang untuk melakukan perkara yang jahat.

“Si Iblis . . . itu pembunuh sejak mula lagi. Dia tidak berpegang teguh pada kebenaran kerana kebenaran tidak ada dalam dirinya.”​—Yohanes 8:44, nota kaki

Soalan: Mengapakah Hawa memakan buah yang dilarang? Apakah yang terjadi kepada Adam dan Hawa apabila mereka mengingkari Yehuwa? Siapakah Syaitan Si Iblis?

Kejadian 3:1-24; Yohanes 8:44; 1 Yohanes 3:8; Wahyu 12:9

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi