PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 38
  • Dua Belas Orang Pengintip

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dua Belas Orang Pengintip
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dua Belas Orang Pengintip
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Yosua Menjadi Pemimpin
    Buku Cerita Bible Saya
  • Musa Memukul Tebing Batu
    Buku Cerita Bible Saya
  • Rahab dan Pengintip-pengintip
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 38
Yosua dan Kaleb dengan pengintip yang lain menunjukkan tuaian yang subur dari negeri Kanaan kepada Musa

CERITA 38

Dua Belas Orang Pengintip

LIHATLAH buah-buahan di dalam gambar ini. Alangkah besarnya gugusan anggur itu! Dua orang lelaki diperlukan untuk mengangkat buah-buahan ini pada sebatang kayu. Lihatlah juga buah ara dan buah delima di sini. Dari manakah datangnya buah-buahan yang lazat ini? Buah-buahan ini datang dari negeri Kanaan. Jika adik masih ingat, Kanaan pernah menjadi tempat kediaman Abraham, Ishak, dan Yakub pada suatu masa dahulu. Oleh sebab kebuluran berlaku di situ, Yakub bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Mesir. Kira-kira 216 tahun sudah berlalu dan sekarang Musa sedang memimpin orang Israel kembali ke Kanaan. Mereka telah sampai di suatu tempat di padang belantara yang dipanggil Kades.

Orang yang hidup di negeri Kanaan sangat jahat. Oleh itu, Musa menghantar 12 orang pengintip ke negeri itu. Musa memberitahu mereka, “Selidikilah sama ada penduduk di sana banyak atau sedikit, dan sama ada mereka kuat atau lemah. Selidikilah sama ada tanah di sana subur atau tidak, dan bawa pulang buah-buahan dari negeri itu.”

Apabila pengintip-pengintip itu pulang ke Kades, mereka memberitahu Musa, “Negeri itu negeri yang kaya dan subur.” Untuk membuktikan hal ini, mereka menunjukkan buah-buahan dari negeri itu kepada Musa. Tetapi, sepuluh orang daripada pengintip-pengintip itu berkata, “Orang yang hidup di sana besar dan kuat. Kita akan dibunuh jika kita mencuba merampas negeri itu daripada tangan mereka.”

Apabila orang Israel mendengar kata-kata ini, mereka menjadi takut. “Lebih baik kita mati di Mesir atau di padang belantara ini,” kata mereka. “Kita akan dibunuh dalam pertempuran, dan isteri serta anak-anak kita akan ditawan. Marilah kita pilih seorang pemimpin yang baru untuk menggantikan Musa. Dan marilah kita balik ke Mesir!”

Tetapi, dua orang daripada pengintip-pengintip itu percaya pada Yehuwa. Nama mereka ialah Yosua dan Kaleb. Mereka mencuba menenangkan hati orang Israel. Mereka berkata, “Janganlah takut. Yehuwa menyertai kita. Kita akan menawan negeri itu dengan mudah.” Namun begitu, orang Israel bukan sahaja tidak mendengarkan kata-kata mereka, malah mereka mahu membunuh Yosua dan Kaleb.

Hal ini menyebabkan Yehuwa menjadi sangat marah. Dia memberitahu Musa, “Tiada seorang pun dalam kalangan umat ini yang berumur 20 tahun dan ke atas boleh masuk ke dalam negeri Kanaan. Mereka telah melihat mukjizat-mukjizat yang Aku telah lakukan di Mesir dan di padang belantara tetapi mereka masih tidak percaya pada-Ku. Oleh itu, Aku akan membiarkan mereka merayau-rayau di padang belantara selama 40 tahun sehingga mereka semua mati. Hanya Yosua dan Kaleb akan masuk ke dalam negeri Kanaan.”

Bilangan 13:1-33; 14:1-38.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi