PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 26 ms. 66-ms. 67 per. 1
  • Dua Belas Orang Pengintip

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dua Belas Orang Pengintip
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dua Belas Orang Pengintip
    Buku Cerita Bible Saya
  • Mentaati Yehuwa dengan Sepenuh Hati
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2021
  • Rahab dan Pengintip-pengintip
    Buku Cerita Bible Saya
  • Yehuwa Memilih Yosua
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 26 ms. 66-ms. 67 per. 1
Lelaki-lelaki Israel mengintip negeri Kanaan

CERITA 26

Dua Belas Orang Pengintip

Selepas orang Israel meninggalkan Gunung Sinai, mereka melalui padang gurun Paran dan tiba di Kades. Di sana, Yehuwa berkata kepada Musa, “Pilihlah 12 orang, seorang daripada setiap suku. Suruh mereka mengintip negeri Kanaan yang akan Aku berikan kepada umat Israel.” Maka, Musa memilih 12 orang lelaki dan berkata, “Pergilah ke Kanaan. Periksalah sama ada tanahnya subur atau tidak. Lihatlah sama ada penduduknya kuat atau lemah, dan sama ada mereka tinggal di kota yang bertembok atau tidak.” Kemudian 12 orang pengintip itu, termasuk Yosua dan Kaleb, bertolak ke Kanaan.

Orang Israel bersungut-sungut dan berasa kecewa

Selepas 40 hari, mereka kembali dengan membawa buah ara, buah delima, dan buah anggur. Mereka berkata, “Tanah di sana memang subur, tapi penduduknya sangat kuat. Kota-kota mereka besar dan bertembok.” Tetapi, Kaleb berkata, “Kita dapat kalahkan mereka. Mari kita pergi sekarang juga!” Mengapakah Kaleb berkata begitu? Sebab dia percaya kepada Yehuwa. Namun, 10 pengintip yang lain berkata, “Tidak! Penduduk di sana kuat dan besar seperti gergasi! Jika dibandingkan dengan mereka, kita seperti belalang saja.”

Orang Israel berasa kecewa lalu berkata sesama sendiri, “Marilah kita lantik seorang ketua untuk memimpin kita kembali ke Mesir! Kita tidak mahu dibunuh di Kanaan.” Yosua dan Kaleb menjawab, “Janganlah melawan cakap Yehuwa dan janganlah takut. Yehuwa pasti melindungi kita.” Tetapi orang Israel tetap berdegil. Mereka bahkan ingin membunuh Yosua dan Kaleb!

Maka Yehuwa berkata kepada Musa, “Aku telah melakukan banyak perkara untuk umat Israel, tetapi mereka enggan mematuhi Aku. Oleh itu, mereka akan tinggal di padang belantara selama 40 tahun dan mati di sana. Hanya anak cucu mereka, Yosua, dan Kaleb, yang akan memasuki tanah yang Aku janjikan kepada mereka.”

“Mengapakah kamu begitu takut? Alangkah lemahnya iman kamu!”​—Matius 8:26

Soalan: Apakah yang berlaku selepas 12 orang pengintip itu kembali dari Kanaan? Bagaimanakah Yosua dan Kaleb menunjukkan bahawa mereka percaya kepada Yehuwa?

Bilangan 13:1–14:38; Ulangan 1:22-33; Mazmur 78:22; Ibrani 3:17-19

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi